Dua NGO Bajau Suluk Menyokong Bersatu Bertapak Di Sabah

Bila pertubuhan Kaum Suluk Sabah menyokong kemasukan Parti Bersatu untuk bertapak di Sabah. Maka sudah tentu perkembangan ini membuat Warisan gelisah tidak tentu arah, almaklumlah Warisan, parti terkenal dengan agenda “menjual bangsa” demi kepentingan diri mereka. Walaupun pada hakikatnya mereka amat membenci kaum itu.

Mereka ialah Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Negeri Sabah (Perkida Sabah) dan Pertubuhan Permuafakatan & Perpaduan Masyarakat Peranakan Suluk Bajau Sabah (DPBS).

Dua pertubuhan ini percaya yang Parti Bersatu mampu memartabatkan mereka selaku antara kaum pribumi di negeri Sabah.

Mereka juga menegaskan tiada sebab kenapa Parti Bersatu tidak boleh bertapak di Sabah sedangkan parti-parti yang lain seperti PKR, DAP dan PAS juga berasal daripada Semenanjung.

Sehingga hari ini Parti Warisan tidak membenarkan Parti Bersatu bertapak di Sabah. Ini disebabkan oleh satu atau dua alasan yang tidak logik, antaranya kerana kononnya perjanjian diantara Warisan dan Parti Bersatu yang dimeterai semasa kempen PRU14, dimana Bersatu tidak boleh melebarkan sayapnya hingga ke Sabah.

Alasan kedua walaupun tidak rasmi tapi seperti biasa giat dicanang oleh jentera atau penyokong Warisan. Mencanang kononnya Parti Bersatu berasal dari Semenanjung jadi tidak wajar ia bertapak di Sabah. Biarlah kononnya Sabah ini hanya diketuai oleh satu parti tempatan seperti Warisan. (punyalah haloba)

Untuk makluman perjanjian yang dimaksudkan diatas bukannya perjanjian rasmi tapi hanyalah perjanjian mulut, ini kerana Parti Warisan tidak termasuk dalam kumpulan PH. Malah status perjanjian itu sendiri telah didedahkan oleh Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking sebagai hanyalah perjanjian mulut.

Kali ini Parti Warisan berjumpa dengan ruas (NGO). Baru Warisan tahu, selama ini Warisan hanya pandai memainkan sentimen asal Bajau Suluk wajib menyokong Warisan, kerana kononnya hanya Warisan akan yang mampu membela mereka.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, kebanyakan pengikut berbangsa Bajau Suluk terabai dan terpencil akibat pilihan yang terpaksa dibuat oleh Warisan di dalam usaha mempertahankan kekuasaan. Seperti contoh, mana mungkin Warisan sanggup melanggar perlembagaan hanya kerana memenuhi kehendak ahli keluarga Bajau Suluk yang telah menyokong Warisan. Sedangkan itu nanti akan mengundang ketidakpuasan hati dikalangan KDM yang pro Warisan. Nah begitu juga sebaliknya, bila Warisan membesar besarkan pemimpin dan penyokong KDM, pasti kaum Bajau Suluk akan marah, kerna merasakan mereka yang lebih berjasa.

Sesungguhnya perkembangan ini telah lama admin agak akan berlaku. Buktinya banyak artikel yang admin tulis dan telah admin dipaparkan sama ada di blog ini atau di Facebook, dimana entri itu menceritakan perihal awal propaganda Warisan yang retorik dan tanggungjawab Warisan keatas penyokong mereka khususnya penyokong Bajau Suluk.

Pokoknya tindakan dua NGO ini bertepatan dengan masa dan senario politik Sabah yang cuba dikuasai oleh Parti Warisan. Walaupun mereka menyedari, masih ramai orang Sabah yang menolak parti Warisan.

Setiausaha kepada NGO ini juga mendedahkan bahawa sehingga hari ini sudah lebih 19 ribu orang Sabah yang menyertai Parti Bersatu dan mereka mensasarkan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang angka ini akan meningkat sehingga 150 ribu ahli.

Itu baru NGO, belum lagi Yb Bebas yang bergerak. Pasti ribut! 😊

Menariknya, sebelum ini ada dikalangan ahli Perkida Sabah itu yang menjadi musuh panas politik admin, gara gara memperjuangkan parti Warisan sedangkan admin dipihak yang sebaliknya. Agak panas juga oh!.

Tapi akhirnya mereka faham dan tidak keterlaluan kalau admin katakan sebenarnya dalam diam mereka mengakui kebenaran yang admin suarakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s