Azmin Ali Bakal Menyertai Bersatu

Wow! Menarik walaupun masih ada jentera parti yang hanya tahu menolak kerjasama daripada luar hingga lupa masa depan partinya. 😊

Sejak akhir-akhir ini pergolakan dalaman PKR semakin terbuka hingga menjadi perdebatan dikalangan penyokong Anwar Ibrahim atau Azmin Ali.

Kumpulan penyokong PKR yang mewakili Anwar Ibrahim atau Azmin Ali telah mula bergerak secara aktif bagi mencari sokongan di kalangan ketua-ketua negeri dan Bahagian agar mengangkat calon mereka sebagai Perdana Menteri Malaysia. Walhal Anwar Ibrahim telah dijanjikan melalui kerjasama PH dimana selepas tempoh dua tahun Mahathir menduduki kerusi Perdana Menteri maka kerusi itu akan diserahkan pada Anwar Ibrahim.

Azmin yang berjawatan Menteri dan mahir berunding akan menggunakan kelebihan itu dan ternyata ia telah membuahkan hasil hingga memaksa Anwar Ibrahim mencari jalan keluar.

Anwar selaku Presiden PKR telah menggunakan kuasanya bagi mengimbangi kelebihan sokongan yang dimiliki oleh Azmin Ali.

Anwar dengan kuasa yang ada telah melantik individu dan Ketua Ketua Negeri atau Bahagian ke jawatan tertentu walaupun tidak disenangi oleh Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR. Seperti contoh perlantikan Rafizi sebagai Naib Presiden PKR tapi secara terbuka telah dibantah oleh Azmin Ali dan melabelkan Rafizi sebagai pemimpin yang hanya tahu membawa perpecahan.

Kita tengoklah apa yang berlaku kerana Azmin Ali adalah orang kepercayaan dan menjadi pilihan yang akan menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia daripada Dr Mahathir. Jadi amatlah logik andai keadaan terus mendesak maka Azmin tiada pilihan selain menyertai atau melompat ke Parti Bersatu.

Isunya berapi ramai nanti Ketua Bahagian PKR yang akan mengikut jejak Azmin dan berapa ramai pula Yb Bebas yang akan menyertai Bersatu atau PKR supaya bilangan mereka nanti mampu mengatasi kekuatan masing masing?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s