Peter Anthony vs Darell Leiking – Kongres Warisan

Perkembangan terkini dari arena parti Warisan

Sempena pemilihan Warisan yang dijangka akan berlangsung pada April akan datang, maka ia telah mulai membentuk dua kumpulan besar dalam kepimpinan Warisan itu sendiri.

Dua kumpulan besar yang telah dikenalpasti itu ialah :-

Kumpulan pertama, Peter Anthony selaku Naib Presiden Warisan yang mewakili kaum Dusun.

Kumpulan kedua, Darell Leiking penyandang Timbalan Presiden Warisan mewakili kaum Kadazan.

Dalam pemilihan itu nanti Peter Anthony akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Warisan dari Darell Leiking.

Itu bererti kaum Dusun dan Kadazan akan masing-masing memastikan kemenangan wakil mereka, sama ada Peter Anthony atau Darell Leiking.

Admin dikhabarkan Peter Anthony yang juga selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur sudah memulakan langkah kehadapan dengan menganugerahkan beberapa projek kepada pemimpin dan penyokong-penyokongnya yang berbangsa Dusun dan sebahagian mereka yang berbangsa Kadazan.

Sedangkan Darell Leiking yang memegang portfolio Menteri MITI hanya mampu menyebarkan propaganda politiknya. Maklumlah setakat Menteri MITI manfaat apa yang boleh dikecapi oleh pemimpin dan penyokongnya. Nothing!

Kerana kekangan kuasa yang tidak dapat membantu kaum dan pengikut Darell Leiking ini jugalah, orang Kadazan mulai bersikap skeptikal terhadap Presiden Warisan, Shafie Apdal hingga ada yang mencadangkan agar Darell Leiking memberanikan diri bertanding merebut jawatan Presiden parti Warisan daripada Shafie Apdal.

Ironinya Shafie Apdal tidak akan campurtangan malah membiarkan perebutan itu pada mereka. Pokoknya Shafie hanya tersenyum melihat gelagat dua kaum besar ini berkeroyok. 😊

1 komen

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: