Akhirnya Kerajaan Tunduk Pada Pembangkang – ICERD

Satu kejayaan besar pihak pembangkang bilamana perjuangan mereka terhadap cubaan melaksanakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi kaum ICERD telah mendapat perhatian yang serius dari pemerintah.

ICERD telah mencetuskan sentimen dikalangan rakyat Malaysia terutamanya diantara kaum Melayu dan India. Tidak terkecuali di Sabah dan Sarawak ada NGO yang cuba membabitkan orang asal agar menyokong ICERD berkenaan.

Hari ini kerajaan PH atau Pejabat Perdana Menteri Putrajaya telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD.

Walhal baru saja semalam Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mempertahankan penghinaan Senator kontroversi P. Waythamoorthy terhadap bangsa dan negara Malaysia dengan mengatakan P. Waythamoorthy telah berubah seperti mana dirinya bekas pemimpin UMNO.

Malah kerana sokongan itu Mahathir Mohamad sanggup mengtongsampahkan petisyen menuntut P. Waythamoorthy meletakkan jawatan, walhal petisyen itu telah mendapat 100,000 tandatangan dari rakyat Malaysia.

Dengan ini juga secara rasminya parti DAP telah hilang kredibiliti dan akan berhadapan krisis sokongan kerana selama ini tujuan kaum Cina menyokong DAP adalah untuk menggugat perlembagaan 153.

Tahniah pada keseluruhan parti-parti pembangkang di seluruh Malaysia.

Adapun rancangan untuk mengadakan demonstrasi besar besaran menolak ICERD yang dijadualkan akan berlangsung pada Disember ini, sebaiknya demonstrasi itu diteruskan agar rakyat Malaysia dapat mendalami semangat 153 dan selepas ini tiada lagi pihak yang berani mempersoalkannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s