Sebab itulah pentingnya pembangkang bersatu dan sewajibnya mengenepikan perbezaan, perbezaan boleh diraikan tapi kenalah diurus dalam bilik parti bukannya membuat kenyataan secara terbuka hingga rakyat boleh membuat penilaian yang negatif, apa lagi pembangkang seperti UMNO yang dikatakan tewas kerana beberapa skandal.
Tiada apa yang perlu dibanggakan bila pemimpin pembangkang cuba menjadi hero dengan menyokong kenyataan atau polisi kerajaan PH. Ingat musuh tetap musuh itulah politik yang diamalkan di Malaysia. Kerana prinsip yang dilupakan inilah pembangkang sebelum ini mendapat tempat di hati rakyat bila ada diantara pemimpin kerajaan masa itu yang turut menyokong tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang.
Tetapi lihat bila PH berjaya menjadi kerajaan, mereka mengkritik pemimpin PH yang ikut membantah perkara yang diperkenalkan oleh kerajaan PH. Sedangkan tindakan pemimpin itu ada kebenarannya.
Admin ambil contoh luahan yang tidak berpuas hati Latheefa Koya ke atas beberapa pemimpin pH yang turut menolak perlaksanaan ICERD.
Dia kata kenapa pemimpin PH sanggup berdiri bersama UMNO dan PAS menentang ICERD, adakah dia ingin dilihat sebagai hero Melayu. Pada Latheefa ia adalah tindakan yang bongok. Nampak?.
Tinggalkan Jawapan