Sarawak Tidak Takut Pada Ancaman Murahan Pembangkang

Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari semasa dalam ucapan penggulungan di persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini mengingatkan pembangkang di negeri itu supaya jangan cuba-cuba menakutkan kerajaan.

Menurut beliau sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pusat mereka menggunakan isu rasuah sebagai cara untuk menjatuhkan pemimpin.

Kerana itu dia mengingatkan bahawa kerajaan negeri tidak takut dan tidak gentar malah bersedia untuk berdepan dengan apa jua isu yang pembangkang bangkitkan.

Beliau berkata pembangkang menggunakan teknik menakutkan pentadbiran Sarawak dengan secara terus-menerus mempersoalkan kerajaan dan menyindir kerajaan sebagai rasuah dan tidak telus. Dengan harapan bila mereka mencanang dakwaan tersebut berulang kali maka rakyat akan percaya dan beralih menentang kerajaan.

Oleh kerana itu Ketua Menteri Sarawak abang Johari mengingatkan rakyat Sarawak untuk tidak menjadi mangsa politik murahan pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan tanpa fakta dan menggunakan persepsi.


Suka juga admin mengingatkan pada rakyat Sarawak agar jangan sampai apa yang dihadapi oleh rakyat Sabah berulang pada mereka. Dengarkan kebobrokan yang dihadapi oleh rakyat Sabah sejak Sabah diperintahkan oleh kerajaan Warisan, banyak isu yang timbul.

Seperti contoh isu atau kehadiran pendatang asing tanpa izin yang semakin berleluasa. Begitu juga dengan isu pentadbiran, TYT diperalatkan oleh pihak Warisan itu sendiri agar meluluskan permohonan tanah. Rakyat juga dipaksa untuk bersetuju pada projek yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan negeri walaupun akan menjejaskan alam sekitar dan keharmonian masyarakat itu sendiri.

Hal ini juga perlu diingatkan, pembangkang yang menang akan cuba mencari populariti dan mengenang jasa penyokong mereka dengan melantik individu yang tidak berkemampuan ke jawatan penting dan akan memecat mereka yang berkredibiliti semasa dalam pentadbiran sebelum itu. Jadi semua ini akan menyusahkan dan memecahkan keharmonian masyarakat yang berada di peringkat akar umbi.

Pokoknya kerajaan baharu ni ibarat serangga yang seronok melihat mentol yang sedang menyala sehinggalah mereka kepenatan dan mati sendiri, yang susah adalah tuan rumah atau pemilik menthol kerana terpaksa membersihkan serangga serangga yang mati bertaburan. 😊

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s