Tunjuk Perasaan Angkara Manifesto PTPTN Gagal Ditunaikan

Kerana tidak berpuas hati pada manifesto PTPTN yang gagal dilaksanakan walaupun PH berjaya menjadi kerajaan maka satu inisiatif telah diambil oleh pelajar dan bekas pelajar atau peminjam PTPTN.

Gabungan mahasiswa Islam se-malaysia (GAMIS) telah turun ke jalanan menuntut agar kerajaan PH menunaikan manifesto memansuhkan PTPTN. Kejadian berlaku pada pagi tadi.

Dilihat para pendemo lengkap memakai jubah Convention dan topi mortar board. Dilihat juga pendemo menggantung plakad “tuntut janji PTPTN”

“ hari ini kami golongan anak muda kami tak ada political will kami tak ada duit kami adalah golongan anak muda yang paling miskin kami tidak boleh minta apa-apa kepada kerajaan jadi kami berjalan daripada University Malaya ke perlimen”

Kerana desakan ini Menteri Pendidikan, Maszlee akan berjumpa dengan Presiden GAMIS Faizuddin Zai dan dalam pertemuan itu nanti memorendom akan diserahkan kepada kerajaan.

Inilah apa yang dikatakan sebagai masyarakat yang berani menyuarakan kehendak mereka, tidak retorik tidak disulami unsur politik tapi apa yang mereka persoalkan ialah apa yang mereka akan dapat dari kerajaan yang ada pada hari ini.

“Penyelewengan ketirisan” yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu itu bukan masalah masyarakat hingga kononnya manifesto tidak dapat ditunaikan malah seolah olah rakyat pula yang dipertanggungjawabkan.

Realitinya masyarakat telah memilih kerajaan melalui proses pilihanraya, menyebabkan orang yang sebelum ini bukan siapa siapa, kini berjawatan menteri, menjadi pegawai tertinggi kerajaan dan sudah tentu keluarga mereka akan hidup bersenang-lenang tapi bagaimana pula dengan diri masyarakat yang telah memberikan mandat.

Dari konteks masyarakat atau pelajar daripada Sabah gerakan apa yang kamu sedang fikirkan, tidak kah kamu terfikir untuk mengikut jejak pemberani di atas?

One Comment

  1. Saya cadangkan MANSUHKAN terus PTPTN supaya semua orang tidak lagi berhutang. Takda duit, tak perlu berangan nak masuk universiti. Cari je kerja dgn kelulusan Spm kamu. TAMAT

    Like

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s