Mana Perginya Skandal Perwaja dan Banglo?

Sungguh ini pendapat yang sangat releven rasional bertepatan dengan semangat kerajaan PH sebelum ini iaitu semangat atau slogan reformasi.

Kalau menurut Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh Yb PAS, reformasi itu hanyalah cakap kosong sekiranya kualiti perbahasan di Parlimen tidak menerapkan prinsip keadilan sejagat. Sepatutnya dasar dan inisiatif yang dibentangkan oleh kerajaan perlu mendapat kritikan dari pihak tertentu dan jangan lagi berpendapat atau berpandangan bahwa setiap dasar atau inisiatif yang dibentangkan kerajaan perlu ditelan bulat-bulat. Tapi sewajarnya meniru acuan negara maju yang berpandangan dan terbuka.

Seperti yang berlaku pada hari ini apa juga yang dibentangkan oleh kerajaan akan ditelan atau diterima bulat-bulat kecuali beberapa YB kerajaan yang sanggup mengkritik kerja mereka.

Menurutnya lagi kenapa sebelum ini isu Perwaja menjadi modal politik pembangkang MP DAP, RSN Rayer. Tapi hari ini bila menjadi kerajaan, skandal Perwaja tidak lagi diungkit. Begitu juga dengan skandal banglo yang dikaitkan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kenapa tidak lagi menjadi isu sebaliknya yang hanya diketengahkan ialah isu 1MDB.

Bukan inikah yang dimaksudkan dengan istilah hipokrit atau munafik, dulu cakap lain sekarang cakap lain. Kerajaan hipokrit?

Nampak tak kalau tidak bersikap adil terhadap isu yang ada kaitannya dengan negara maka sampai bila pun negara ini akan tetap ditakuk lama.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.