BN Tidak Ambil Mudah Masa Depan Rakyat Sabah – Musa Aman

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN), terutama di Sabah, tidak akan ambil mudah mengenai masa depan rakyat, kata Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Malah, beliau yakin rakyat menaruh kepercayaan BN akan berusaha untuk memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik di negeri ini.

“Pengundi lebih matang sekarang dan akan menilai prestasi kerajaan (BN) dan pembangkang – sama ada mereka ikhlas dalam berkhidmat kepada rakyat atau hanya mahukan kuasa.

“Isu utama untuk dipertimbangkan ialah, adakah BN menunaikan janji-janji selama lebih 5 tahun lalu dan menjadikan kehidupan lebih baik untuk rakyat? Rekod prestasi kerajaan saya dalam tempoh 15 tahun yang lalu adalah jelas,” kata beliau dalam temubual secara langsung dengan stesen televisyen CNBC Asia baru-baru ini.

Transkrip temubual itu dihantar kepada media oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah semalam.

Musa, yang juga pengerusi Badan Perhubungan BN Negeri berkata, kerajaan negeri di bawah BN memastikan kestabilan politik, memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat yang lebih baik, keamanan dan keharmonian, dan secara agresif melonjakkan pelaburan dan pertumbuhan untuk mempelbagaikan ekonomi Sabah dan meningkatkan pendapatan, yang membuka jalan bagi pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.

“Pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14), penyebaran maklumat dan berita melalui media digital dan media sosial menjadikannya penting untuk kita memastikan kita berkongsi kisah kejayaan secara dalam talian dan pada masa yang sama membetulkan pembohongan dan berita palsu dengan serta merta.

“Justeru, adalah penting bagi masyarakat luar bandar untuk memahami dan benar-benar merasakan impak pembangunan yang mereka inginkan,” kata beliau dan menambah BN Sabah bekerja keras untuk memastikan suara rakyat didengar.

Musa juga berkata ekonomi Sabah menduduki tempat ke-5 di kalangan semua negeri di Malaysia dan mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat pada kadar 6.1% pada 2015, yang tertinggi di Malaysia.

Sebagai menteri kewangan negeri, beliau juga mengesahkan peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) daripada RM59.3 bilion pada 2011 kepada RM73.8 bilion pada 2016, sementara pendapatan dipelbagaikan daripada komuniti utama kepada perkhidmatan, yang merangkumi 30% ekonomi negeri, pelancongan (10%) dan perkilangan (8%).

Beliau seterusnya menjelaskan kerajaan BN negeri meningkatan KDNK Per Kapita dari RM11,000 kepada RM20,000 antara 2005 hingga 2017, dan juga meningkatkan pendapatan isi rumah bulanan dari RM3,745 kepada RM4,110 dalam tempoh 2014 hingga 2016 yang meletakkan Sabah mengatasi negeri-negeri lain.

Kadar golongan miskin tegar yang berpendapatan kurang dari RM800 sebulan, juga menyaksikan penambahbaikan dengan 25% golongan miskin tegar dicatatkan di seluruh negeri pada 2005 berbanding 5% tahun lepas.

“Pelan Induk Ekonomi Sabah, “Halatuju Sabah” dilancarkan pada 2004 dengan memberi tumpuan kepada pembangunan pelancongan, pertanian, pembuatan dan sumber manusia, kini membuahkan hasil.

“Kita menubuhkan Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) pada 2008 dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) pula dilancarkan tahun yang sama,” kata beliau.

Musa berkata sektor infrastruktur, hartanah, minyak dan gas, perkilangan, perladangan dan pelancongan mencatatkan pertumbuhan dengan kadar yang sihat dan kekal sebagai pemacu utama ekonomi Sabah pada masa depan yang akan mengubah landskap Sabah pada tahun-tahun akan datang.

Beliau berkata dengan sokongan kerajaan Persekutuan selama bertahun-tahun untuk meningkatkan kemudahan asas, terutama di kebanyakan kawasan luar bandar di negeri ini, Sabah, Sabah akan mendapat banyak peluang, terutama dalam memperkasakan ekonominya seperti sektor minyak dan gas melalui Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), kilang baja Amonia dan Urea (Samur) Sabah, Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, serta sektor lain melalui Kluster Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu, Projek Lebuhraya Pan Borneo dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

Sumber FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s