Kenapa Pembangkang bingung dengan draft perjanjian yang ditulis oleh pihak luar. Walhal mereka sendiri tidak pasti akan kebenarannya.

Sudah sudahlah wahai pembangkang, takkan semua artikel yang ditulis di luar negara dan sengaja dikaitkan dengan 1MDB, kamu anggap ia satu kenyataan yang sangat benar.

Sedangkan yang sepatutnya yang kamu kritik keras ialah Jho Low bukannya kerajaan Malaysia.

Apa lagi berdasarkan artikel asal, jelas tertulis draft perjanjian yang ditemui dalam bentuk cache email itu ditulis oleh penyumbang dana Republican atau pihak Robin Rosenzweing dan jelas dinyatakan ia hanyalah “kemungkinan” (tidak pasti, adakah benar atau tidak). Tapi pembangkang di Malaysia separuh mati mengaitkannya dengan Malaysia. Bikin lucu!

Seolah-olah pihak yang menyediakan draft itu ialah kerajaan Malaysia.

Sebelum ini Lim Kit Siang dengan penuh yakin dan penipuan menulis di blognya, bahwa kononnya :-

Enam hari yang lalu, Wall Street Journal melaporkan bahawa penyumbang dana Republikan aka Presiden Donald Trump telah meminta suapan sebanyak AS $ 75 juta dari Jho Low. Supaya Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menghentikan penyiasatan 1Malaysia Skandal Pembangunan Pembangunan (1MDB) Berhad.

Hello Lim Kit Siang, tidak terlintas langsung atau haram untuk memihak Jho Low. Tapi bukan sudah jelas dan terang kah? yang mana draft itu ditulis oleh pihak yang menawarkan dan ia lebih kepada kemungkinan atau cubaan diantara pihaknya dan Jho Low. Tapi kenapa kamu mengaitkannya dengan Malaysia atau memaksa supaya Malaysia termakan umpanmu. Bikin lucu!

Lim Kit Siang hanya tahu mencari kesalahan atau memanipulasi isu orang lain, sedangkan tuduhan sebelum ini terhadapnya yang didakwa telah menerima dan akan menerima dana berbilion dari luar negara dan Dr M. Tapi sehingga hari ini, satu patah perkataan pun dia tidak keluarkan selain menganggap orang lain gila. Hemmm!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s