Sabah Terus Melangkah Menuntut Hak Hak MA63 – Anifah Aman

Pada Mei 2017, Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi menuntut hak-hak Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963.

Ahli jawatankuasa itu terdiri dari beberapa pengamal politik dan pentadbiran yang akan membincangkan hak-hak Sabah sebagai sebuah “negara”

Mereka termasuklah bekas Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Progresif Sabah Yong Teck Lee dan Adun Bingkor yang juga Presiden STAR, Dr Jeffrey Kitingan.

Anifah Aman yang juga Ahli Parlimen Kimanis mendedahkan peluang untuk menuntut elemen berdasarkan perjanjian itu perlu segera dijalankan kerana dia selaku Menteri Luar atau Menteri dari Persekutuan punya jalan untuk berhubung dengan Perdana Menteri Malaysia bagi menyuarakan kehendak masyarakat Sabah.

My Sabah itu nanti akan menimbulkan beberapa persoalan. Adakah masyarakat Sabah telah mendapat persetujuan yang adil, adakah juga janji-janji, jaminan dan perjanjian yang dibuat dalam pembentukan Malaysia telah dilaksanakan dan dipenuhi? ini antara persoalan yang akan ditimbulkan oleh My Sabah.

Kita sedia maklum Dr Jefri telah lama bercakap mengenai hak-hak Sabah sebagai sebuah negara tetapi tidak ada pihak yang berkuasa dapat memberikan perhatian.

Setakat mengajak masyarakat Sabah berfikir, menyokong lagaknya sang pemberontak. Kita ingat menubuhkan jawatankuasa My Sabah adalah jalan yang terbaik dan tepat.

Sebab itulah tuduhan parti Warisan sebelum ini kononnya BN berkerjasama dengan Parti parti tempatan Sabah. Hanyalah taktik untuk menarik perhatian agar masyarakat Sabah beralih dan menyokong Warisan yang menjenamakan semula slogan Sabah For Sabahan. Ditukar menjadi Sabahan for Sabah atau Sabah Ubah.

Hakikatnya dalam politik parti STAR aka Gabungan adalah musuh tradisi BN.

Hari ini My Sabah terus melangkah. YB Dato’ Sri Anifah Haji Aman, Menteri Luar Negeri Merangkap Ahli Parlimen P.176 Kimanis, YB Datuk Teo Chee Kang, Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Sabah State Attorney-General Hajjah Zaleha Rose Hj. Pandin, YBhg Datuk James Ligunjang dan Tengku Fuad berjumpa dan mengadakan mesyuarat bersama Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi membincangkan Hak-Hak Rakyat Sabah pada har ini bertempat di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

One thought on “Sabah Terus Melangkah Menuntut Hak Hak MA63 – Anifah Aman

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: