KUALA TERENGGANU: Seorang kontraktor wanita berumur 45 tahun ditahan reman 3 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menerusi media sosial.
Perintah tahanan reman dibenarkankan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah Kuala Terengganu Noradila Abd Latif.
Kontraktor berkenaan, yang diwakili peguam Che Muhammad Amir, disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kerana meninggalkan komen jelik dalam laman Facebook Gabungan Anak Terengganu baru-baru ini.
Wanita berkenaan juga disiasat kerana membuat komen yang tidak baik terhadap Ahmad Razif menerusi satu kumpulan peribadi WhatsApp.
Sebanyak 30 laporan polis dibuat terhadap wanita berkenaan berikutan 2 kenyataan itu.
Di Sabah pelbagai cacian yang dilemparkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab atau tidak bermoral terhadap Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman atau saja pemimpin pemimpin BN.
Tapi tidak pernah sekalipun mereka dibuatkan laporan Polis atau diheret untuk disoal siasat. Menunjukkan kepimpinan negeri cukup terbuka dan bersedia menerima kritikan.
Melainkan tuduhan yang dilemparkan itu benar benar berbau fitnah dan melibatkan kepentingan negeri tapi itupun yang membuat laporan Polis ialah perseorangan yang ada kesedaran sivik terhadap pemimpin. Alsebab itulah siasatan yang dijalankan hanyalah bertujuan untuk mengumpul bukti.
Pun begitu tidak pula admin boleh memberikan jaminan kalau sikap terbuka keatas kumpulan otak kuning di negeri ini akan terus diamalkan ya. Khususnya andai inisiatif itu datang daripada admin. 😎