KUALA LUMPUR: Malaysia dapat menangani krisis yang dihadapinya lebih baik daripada banyak negara lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, dunia sedang berdepan pelbagai krisis, Malaysia turut menerima kesannya.

Namun, beliau berpendapat, penyelesaian kepada krisis bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti mengubah kerajaan atau perdana menteri.

“Pakatan Harapan memberitahu rakyat, Malaysia sedang menghadapi krisis politik dan ekonomi, dan satu-satunya cara untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menukar kerajaan atau menggantikan perdana menteri,” katanya dalam catatan di blog sskeruak.blogspot.my malam ini.

Merujuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), beliau berkata, kedua-dua negara itu merupakan contoh demokrasi barat dengan AS mengamalkan sistem kerajaan republik, manakala UK melaksanakan pemerintahan raja berperlembagaan Westminster.

“Kedua-duanya mengalami krisis ekonomi dan politik,” katanya sambil memberitahu kerajaan kedua-dua negara itu juga sedang menghadapi krisis keyakinan dan berusaha kekal relevan.

Bendahari Umno itu berkata, tindakan menukar kerajaan yang dilakukan di AS dan UK bukan sahaja tidak menamatkan krisis politik serta ekonomi yang dihadapi mereka, sebaliknya menyebabkan keadaan lebih teruk.

“Apa yang berlaku di bahagian dunia lain juga memberi kesan kepada Malaysia. Ini bermakna penyelesaian bukanlah dengan mengambil jalan mudah seperti menukar kerajaan atau perdana menteri,” katanya.

Sumber FMT


Dulu semasa Dr M berhadapan dengan krisis ekonomi pada tahun 1998. Tidak ada pun kedengaran suara sumbang lantang dari pihak pembangkang jauh sekali dari ahli UMNO yang menuntut agar dia meletakkan jawatan.

Malah rakyat Malaysia pada masa itu berdiri teguh dibelakang Dr M, redha menerima sebarang kemungkinan yang akan dihadapi.

Malah Dr M sendiri pernah berkata selepas menghadiri Rundingan Meja Bulat Antarabangsa Mengenai Menangani Krisis Kewangan Global Pada Masa Akan Datang. Katanya, masalah kewangan akan dapat ditangani sekiranya negara berjaya membuat persiapan dengan baik dan teliti.

“Pada krisis kewangan yang lalu, negara terpaksa mengambil tempoh yang panjang untuk menanganinya dan pulih kerana tidak mempunyai mekanisme-mekanisme tertentu.

“Sekarang, kita perlu belajar daripada pakar-pakar ekonomi asing berdasarkan pengalaman sendiri dan memahami mekanisme-mekanisme bagi menanganinya. Pada peringkat pertama, negara perlu mempelajari secara mekanik bagaimana krisis kewangan itu berlaku.

Dr Mahathir juga pernah berkata, Kita tidak mampu mengawal krisis kewangan global daripada berlaku dan sudah tentu memberi kesan kepada negara ini.

Tapi kenapa pada hari ini ada pula suara sumbang dari pihak pembangkang aka Dr M yang mendesak agar PM Najib Razak meletakkan jawatan, alasannya untuk menyelesaikan krisis kewangan Malaysia.

Tidak adil, jelas ada agenda peribadi, tidak berniat untuk menyelesaikan krisis kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s