Shafie Sempurnakan Dulu Dirimu Sebelum Sempurnakan Hidup Orang Lain – Anifah

Pemimpin Parti Warisan Sabah yang kerap melaungkan slogan “Ubah Sabah” atau “Sabah Ubah” diingatkan agar sempurnakan dulu diri mereka sebelum berniat untuk menyempurnakan hidup orang lain dan tidak lagi bercakap bohong menjelangnya persediaan pilihanraya umum.

Ahli Parlimen Kimanis Datuk Anifah Aman berkata, ini berikutan pihak pembangkang kerap kali melaungkan slogan ‘Ubah Sabah’ terutamanya pemimpin pembangkang dari Daerah Semporna yang kini galak turun berkempen dengan ideologi mengarut dan bercita-cita tinggi dengan menabur janji.

Beliau mengibaratkan pemimpin seperti itu sebagai tidak mencerminkan dirinya yang sebenar kerana sering mengkritik kerajaan meskipun dirinya terlibat dengan pelbagai kontroversi hingga disiasat oleh pihak berkuasa berikutan skandal yang dilakukannya sebelum ini.

Ujarnya ” ada orang kata ubah, apa yang dia mahu ubah, ubah diri sendiri dulu, jangan cuba mengubah orang lain kalau diri kita sama juga tidak sempurna terutamanya sekali orang Semporna yang mewakili pemimpin Semporna”

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Penyerahan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah Pekan Bongawan anjuran Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di Dewan Pekan Bongawan, hari ini.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: