KM Musa Aman Sumbang RM6 Juta Kepada RELA

TUARAN: Sumbangan kerajaan Sabah sebanyak RM6 juta kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) negeri bukti kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan dan jasa anggota jabatan itu, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.

Katanya, beliau tidak teragak-agak meluluskan jumlah begitu besar, khususnya dalam menjayakan penugasan Rela di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sejak 1 Januari lalu.

“Kerajaan negeri dengan sukacita bersetuju memberi sumbangan ini agar Rela dapat membeli uniform dan peralatan lain bagi memudahkan penugasan di Esszone.

“Sumbangan ini sebagai penghargaan kita kepada anggota Rela selama ini yang menjaga keselamatan dan menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab,” katanya selepas majlis pelancaran penugasan anggota Rela di Esszone di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah, hari ini.

Seramai 504 anggota Rela ditugaskan di Esszone bagi membantu mengawal keselamatan di sana bersama pasukan keselamatan lain.

Musa berkata, kerajaan negeri turut bersetuju menyediakan tapak membina sebuah lagi pusat latihan Rela bagi pantai timur Sabah.

Menurutnya, pusat latihan ke-2 jabatan itu akan dibina di Sandakan di tapak seluas kira-kira 20 hektar.

“Saya telah mengarahkan pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah membuat persediaan untuk menyerahkan tanah kepada Rela.

“Ini baik untuk Sabah kerana kita bukan sahaja ada pusat latihan di pantai barat, kita juga akan wujudkan satu lagi di pantai timur yang akan memberi kemudahan kepada anggota Rela di sana menjalani latihan.”

Sumber FMT


Inilah apa yang dikatakan diantara dua darjat iaitu parti BN dan Parti Warisan.

Warisan yang kita ketahui sanggup merendahkan martabat RELA hingga mengundang amarah anggota Rela yang ada diseluruh negara. Berbanding Pengerusi BN Sabah, Musa Aman malah sanggup berbelanja demi keselesaan anggota RELA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s