
Adun Moyog, Terence Siambun menghasut Komuniti Penampang agar kononnya menolak segala janji manis BN kerana ia hanyalah omong kosong.
Gesaan dibuat setelah Warisan menyedari Perdana Menteri Najib Razak dijadualkan akan melawat Penampang pada petang Khamis ini dan sudah tentu akan menjanjikan pembangunan kepada masyarakat setempat.
Berlagak persis seorang budak jalanan si Terence juga mempersoal hasil GST yang dikutip dari warga Penampang kemana konok hasil GST itu telah dibelanjakan. Bikin ketawa!
Orang kata sebagai wakil rakyat di kawasan pembangkang seperti Moyong, Penampang. Sepatutnya dialah orang pertama yang meraikan kedatangan seorang pemimpin atau Perdana Menteri yang berkuasa menjanjikan keperluan masyarakatnya bukan malah menghasut masyarakat.
Sebaiknya Terence Siambun mempersoalkan dirinya selaku wakil rakyat. Apa yang dia telah laksanakan di kawasan yang diwakilinya, dengar khabar jangan kan perlaksanaan yang berbentuk prasarana, suaranya diperingkat Dewan Undangan Negeri pun tidak mendapat peduli. Hemmm
Dan begitu dia menyedari BN akan terus menjadi kerajaan di negeri Sabah. Maka sewajarnyalah dia membuang egonya. Sudah tiba masanya dia sebagai pemimpin muda memikirkan masa depan bangsanya agar bergerak seiring dengan kemajuan arus perdana.
Jangan dia mengikut jejak dua bossnya yang berasal dari Semporna membuat keputusan keluar dari BN tanpa memikirkan nasib masyarakat dan pengikutnya. Sedangkan majoriti pengundi mereka pada PRU yang lepas adalah terdiri dari orang luar dan kebanyakannya belum mendapat pembelaan yang sewajarnya, sehinggalah mereka berada diluar kerajaan iaitu menjadi pembangkang tegar di negeri Sabah. Nah sekarang apa yang mereka boleh buat? Selain menjanjikan bulan dan bintang. Hemmm
Begitu juga dua pemimpin muda KDM ini dari parti pembangkang ke parti pembangkang dengan itu apa yang mereka boleh buat?
Betullah orang kata, politik Warisan ni diwakili oleh pemimpin pemimpin yang gagal. Apa yang mereka kejar adalah kuasa yang hanya akan menguntungkan diri dan kroni mereka.
Cilok from ADDIN blog;
Sabah Bakal Jatuh Pada Pembangkang..
Ini Buktinya. Pengundi di Sabah ada banyak pilihan parti pembangkang pada pilihan raya umum nanti, walaupun kelebihan nampaknya pada parti-parti tempatan buat masa ini.
Di satu pihak, terdapat Gabungan Sabah yang terdiri daripada parti-parti tempatan seperti Parti Harapan Rakyat Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Progresif Sabah (SAPP), Parti Warisan Sabah dan Parti Cinta Sabah.
PAS, dan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan Amanah, membentuk parti pembangkang yang berpangkalan di Semenanjung.
Tinjauan pada Selasa mendapati kedua-dua parti tempatan dan parti seangkatan di peringkat nasional mempunyai merit tersendiri, tetapi umumnya, orang awam bersetuju parti tempatan lebih memahami keadaan dan oleh itu membuat pilihan yang lebih baik.
Tetapi ada yang mengatakan parti tempatan pernah diuji sebelum ini dan, sayangnya, gagal menghadapi keadaan, justeru memberi peluang kepada parti pembangkang yang berpangkalan di Semenanjung untuk mendahului dari segi menentukan parti mana yang akan membentuk kerajaan lebih baik sekiranya pembangkang menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Pekerja sektor pelancongan, Lester Dominic, 42, percaya parti tempatan akan memberikan prestasi lebih baik jika mereka membentuk kerajaan, kerana mereka tahu lebih banyak isu tempatan.
“Misalnya, kampung tanpa elektrik dan jalan yang baik, terutamanya di tempat saya di Penampang, yang sentiasa banjir selepas hujan lebat,” katanya.
Rose Ragai bersetuju, mengatakan penting untuk mengetahui latar belakang parti tempatan, reputasi mereka terhadap isu rasuah dan apa yang mereka perjuangkan.
“Saya akan memilih parti tempatan kerana mereka tahu asal usul mereka.
“Mereka tahu keperluan penduduk tempatan dengan lebih baik dan rasa kekitaan lebih kuat berbanding parti dari Semenanjung Malaysia,” kata ahli ekologi berusia 37 tahun itu.
Penjaga kedai, Simplisius Joannes, 49, sebaliknya, memberi pendapat yang lebih keras.
“Parti tempatan menjadi pilihan saya kerana Sabah untuk rakyat Sabah. Pada saya, mereka boleh dipercayai, terutamanya Warisan…mereka kelihatan lebih baik (berbanding selebihnya),” katanya.
Walaupun mengakui rakyat berpendapat parti tempatan lebih memahami isu tempatan, Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin berkata ini tidak semestinya betul.
“Apa yang boleh saya katakan adalah majoriti rakyat mahu melihat Sabah mempunyai peranan yang lebih besar dalam proses pembangunan negara.
“Orang ramai mahu melihat lebih banyak autonomi kembali kepada Sabah. Sekiranya kerajaan negeri adalah parti tempatan dan persekutuan pula sebaliknya, maka tidak akan ada otonomi,” kata Adun Sri Tanjong yang berusia 40 tahun itu.
Beliau memberi contoh Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan Sabah dari 1985 hingga 1994.
“Tiada apa yang berlaku ketika itu. Di Sarawak, parti pemerintah terdiri daripada semua parti tempatan tetapi mereka masih perlu berunding dengan kerajaan persekutuan mengenai isu tertentu.
“Itulah sebabnya cara terbaik ialah menukar kerajaan negeri dan persekutuan dengan parti yang sama.”
Chan berkata DAP sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan parti tempatan, sambil menambah ini menyebabkan semua parti melengkapkan satu sama lain.
Sementara itu, Timbalan Presiden SAPP Amde Sidek berkata, tinjauan itu penilaian umum yang adil mengenai sentimen di lapangan.
“Saya akan mengatakan kira-kira 60% orang merasa seperti itu, dari segi cenderung untuk mengundi parti pembangkang tempatan.
GERUN TAK JALINLUIN LEPAS B ACA ARTIKEL NI….????
LikeLike
Ini hanyalah ilusi individu yang memberikan pendapat. Mereka tidak tahu cerita yang sebenar yang ada di negeri Sabah.
Hakikatnya sokongan masyarakat Sabah semakin hari semakin jitu terhadap BN.
LikeLike
Ye ke Jalinluin, SEMUA RAKYAT SABAH MEMIHAK PADA UMNO/BN…???
Habis, kenapa kamu bermati-matian, mengutuk dan menghina Shafie Afdal
dan party-party Sabah yang lain, yang bukan anggota BN.. ….?????
Kalau yakin, kita tak kutuk orang.
Kita bincang kejayaan kita.
Kekuatan kita.
Keberanian kita.
Bila kita kutuk orang, inilah tandanya kita goyah.
LikeLike
Bukan bermati matian tapi itulah kelemahan yang saya nampak pada pembangkang. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Bloggers pro pembangkang.
Hakikatnya akan berlaku pertandingan tiga atau lebih penjuru, jadi strateginya untuk berhadapan dengan situasi ini ialah mesri ada parti yang perlu dilemahkan sebelum tiba saat PRU.
LikeLike
Inilah DEMOKRASI, Jalinluin.
Suka hati dialah, tak mahu terima kedatangan Najib.
Itu kawasan dia.
Kalau pengundi tak suka dengna tindakan dia, PRU14 undilah BN.
Kalau kena GST 13%, harga minyak naik setiap minggu 4 sen,
jangan merungut ye.
Ini pilihan kamu.
Bukan ketentuan ALLAH.
LikeLike