Si Peter Bebas Tahanan Reman Tapi Apa Kaitannya Dengan Bible

Semalam Si Peter dibebaskan dari tahanan reman SPRM dengan bayaran denda sebanyak RM55 ribu dan seorang penjamin tempatan.

Naib Presiden Parti Warisan ini telah direman tujuh hari bagi menjalankan siasatan keatas penyelewengan peruntukan dari KKLW yang sepatutnya digunakan membeli tanah pertanian di daerah Tongod yang bernilai RM155 JUTA.

Tapi kamu tengok bha perangai atau sikap pemimpin Warisan ni sanggup memperalatkan agama Kristian.

Sebelum ini yakni sewaktu dibawa keluar dari Mahkamah selepas mendapat kebenaran reman, dia keluar bersama Bible yang dia peluk. Kelmarin sewaktu dibebaskan dari tahanan reman dia juga memperagakan Bible.

Apa sebenarnya niat si Peter ni ya. Mahu menunjukkan kepada masyarakat Sabah, bahwa Bible membenarkan kelakuan yang tidak bermoral, sebab itulah tempoh remannya tidak dilanjutkan kah?

Sewajarnya pihak Gereja mengambil tindakan ke atas pemimpin seperti ini yang sanggup membabitkan agama untuk tujuan yang salah atau menyesatkan.


Tidak boleh kok itu, kecuali atas tuduhan yang membabitkan agama tapi itupun jangan sampai merosakkan agama seperti mana ISIS di Timur Tengah yang telah merosakkan agama Islam di mata dunia.

Dimana ISIS memperagakan kalimah Allah secara terbuka walaupun pada masa itu mereka sedang melakukan kekejaman. Yang mana seolah olah agama Islam menghalalkan perbuatan yang tidak bermoral.

Apa bezanya dengan perbuatan pemimpin Warisan diatas, memeluk Bible, sedangkan dia sedang disiasat atas kesalahan rasuah?

One Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s