Mohon Balai Polis Semporna Siasat Dengan Telus Kes Kematian Abang Saya!

Admin terbaca satu catatan di Facebook yang ditulis oleh individu yang bernama Al Zaitul berasal dari Semporna. Catatannya berkisar kematian abang kandungnya yang tidak mendapat perhatian atau pembelaan dari pihak yang berwajib.

Yang menarik perhatian admin apabila agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan keadilan kepada masyarakat gagal memikul tanggungjawab mereka. Malah seolah olah cuba melindungi tersangka.

1. Kenapa Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna enggan menerima laporan Polis yang ingin dibuat oleh keluarga mangsa pada hari pertama kejadian. Sedangkan mengikut undang undang pihak atau anggota Polis tidak ada hak menolak sebarang laporan yang ingin dibuat oleh masyarakat. Walaupun laporan Polis yang dibuat itu setakat berhubung dengan kehilangan sebatang pen.

Kerna birokrasi tolol yang diamalkan, memaksa keluarga mangsa membuat laporan Polis di Balai Polis Karamunsing iaitu diluar dari daerah Semporna.

2. Berdasarkan catatan itu juga jelas menunjukkan faktor yang menyebabkan kematian mangsa diketahui oleh Doktor tapi kenapa dia tidak melaporkannya kepada pihak Polis?

3. Peliknya bila admin bertanya pada keluarga mangsa berhubung perkembangan kes. Dia kata sehingga hari ini mereka belum menerima perkembangan kes atau dimaklumkan oleh Balai Polis Semporna. Admin juga bertanya sama ada mereka sudah mengambil laporan kematian dari pihak Hospital. Jawapannya mereka diminta terlebih dahulu berhubung dengan pihak Polis.

Demi Allah sebagai masyarakat, admin melihat perkembangan ini amat menakutkan. Cuba bayangkan andai kejadian itu berlaku pada diri atau ahli keluarga kita. Pembelaan apa lagi yang kita boleh harapkan sedangkan segelintir anggota Polis dan Doktor tidak memikul tanggungjawab mereka dengan amanah?

Ironinya kita sebagai masyarakat dilarang mengambil tindakan luar dari batas undang undang walaupun keatas penjenayah yang telah dikenalpasti. Sebab itulah tuan rumah yang dirompak tidak boleh membunuh perompak walaupun semasa terjadinya rompakan, penjenayah telah membunuh ahli keluarga tuan rumah. Bahasa mudahnya apapun alasannya membunuh atau memukul adalah satu jenayah. Kerana itu sebarang ketidakpuasan hati masyarakat keatas apapun persoalan yang dihadapi, mereka mesti melaporkannya kepada pihak Polis agar diambil tindakan. Pokoknya jangan mengambil tindakan sendiri yang pastinya akan membelakangkan undang-undang.

Tapi kalau beginilah keadaannya yakni sikap segelintir anggota keselamatan dan pihak tertentu. Jalan apa lagi yang kita boleh ambil supaya keadilan dapat ditegakkan?

Kerana itu siasatan telus mesti dijalankan, agar kedua pihak yang terbabit dapat menerima hakikat kebenaran. Dan tidak semestinya keadilan itu akan berakhir dengan hukuman tapi siapa tahu keluarga mangsa akan sanggup memberikan kemaafan. Apa yang penting adalah keadilan yang mesti dijalankan dengan telus agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Sekaligus mengelakkan masyarakat mengambil tindakan diluar dari batas undang-undang, macam orang yang tidak bertamadun.

Jangan pilih kasih, walaupun ia melibatkan ahli keluarga yang terdekat, biarlah mereka bertanggungjawab keatas perbuatan mereka. Allah akan sayang, Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya. In Shaa Allah.

Dibawah adalah catatan yang admin maksudkan :-


*MOHON BALAI POLIS SEMPORNA SIASAT DENGAN TELUS KES KEMATIAN ABG SAYA*..

31HB OKT 2017-

Abg saya(mohd helmi) telah pergi menghantar adik kpd kawan abg saya(sipolan) ke rumah bapa sipolan.lebih kurang dalam jam ptg..ramai orang kampung yg melihat abg saya mengonceng adik sipolan.(namun tiada yang mahu menjadi saksi,takut menerima nasib seperti abg sy)

Lebih kurang jm7 mlm,isteri kpd sipolan memaklumkan kepada abg ipar sy,kononnya abg sy terlibat dgn kemalangan dan mengatakan hanya kemalangan biasa sahaja..

Lebih kurang 7.30 keluarga sy dtg ke hospital semporna,apabila keluarga saya sampai di hospital,mereka mendapati keadaan abg sya sangat teruk,.sedangkan isteri kpd sipolan memaklumkan kemalangan hanya biasa2 sahaja..

Keluarga di maklumkan oleh doktor,abg saya di hantar dengan menaiki kereta peronda polis,orang yang berada ketika arwah di hantar ke hospital adalah sipolan,bapa sipolan dan isteri sipolan..

Selepas melihat keadaan arwah,kakak saya pergi ke balai polis semporna untuk membuat laporan kemalangan seperti yg di maklumkan oleh isteri sipolan,tanpa mengetahui perkara sebenar apa yang berlaku..terlalu percaya 100% apa yang di katakan ole isteri sipolan,kerana sipolan adalah kawan paling rapat dgn arwah(bestfriend)

Sampai d balai polis semporna,report kakak saya langsung TIDAK DI TERIMA OLEH BALAI POLIS SEMPORNA,atas alasan kaunter sda tutup,dan minta untuk datang semula keesokkannya..

Oleh kerana keadaan arwah kritikal,dia dikejarkan ke hospital tawau,dan di masukkn ke unit ICU,persoalannya di sini di mana tanggungjawab balai polis semporna LANGSUNG TIDAK TURUN KE KAWASAN KEMALANGAN DAN MOTOR YANG DI GUNAKAN OLEH ARWAH TIDAK DI BAWA KEBALAI POLIS(balai polis semporna lagsung tidak dapat kesan itu motor curi),,motor tersebut di angkat ke rumah sipolan atas alasan motor itu kepunyaan sipolan,motor itu telah habis di leraikan barang2 pada badan motor oleh si polan,kerana 2 mggu selepas kejadian barulah balai polis datang mengambil motor tersebut,itupun atas desakan dari keluarga saya(saya sertakan gambar motor sehari selepas kejadian dan 2 mggu selepas kejadian)…Pada malam kejadian itu juga,isteri sipolan datang kerumah mak saya untuk membawa anak buah saya membersihkan darah arwah dtempat kejadian(persoalannya apa motif isteri sipolan membersihkan darah arwah)dan peronda polis yg menghantar abg saya ke hospital juga langsung tidak membuat laporan ke balai polis semporna(sepatutnya bagi keterangan)

2hb Nov 2017,abg saya mohd helmi telah pergi utk rahmatullah,Alfatiha untuknya,kami sangat menyayanginya..hanya ALLAH saja yang tau perasaan kami sekeluarga..oleh kerana arwah meninggal di hospital dan atas nama kes kemalangan,balai polis semporna memaklumkan kpd keluarga supaya membuat report TARIK KES UNTUK TIDAK DI BEDAH SIASAT(atas sebab apa tarik kes sedangkan satu report pun tiada di buka di balai polis semporna) kerana keluarga menyangka arwah betul2 terlibat dengan kemalangn,jadi bedah siasat kmi tidak ingin dibuat keatas arwah.

3hb Nov 2017,apabila keluarga memandikan arwah,kami mendapati kecederaannya terlalu teruk,bahasa kasar DIBUNUH DENGAN KEJAM TANPA PERIKEMANUSIAAN dengan melihat keadaan motor langsung tidak ada apa2 calar,.antara luka yg di alami,di kepala belakang telinga kiri doktor mengatakan seperti terkena benda tajam sehinggakan sedikit terkena otak,mata lebam,tangan lebam,3 tulang rusuk patah,tapak kaki penyek..

Selepas arwah dikebumikan,abg sulung saya pergi ke balai polis semporna,untuk membuat report,namun lagsung tidak di endahkan,setiap hari abg sulung ke balai polis untuk mengetahui perkembangan siasatan polis terhadap kes arwah,selama 2 minggu berturut-turut.rupa-rupanya balai polis semporna satu report pun langsung belum di buka,dengan alasan kononya minta keluarga hanya berserah kepada Allah.namun keluarga tetap berkeras agar kes di siasat..Sehinggalah kakitangan unit trafik menghantar whatsap kepada abg sulung saya untuk membuat report baru(2 minggu arwah di kebumikan).2 minggu,bukan 2 hari..staf trafik itu merayu kepada abg sulung sya agar membuat report terbaru kononya sekiranya abg sya enggan staf trafik itu akan di buang kerja..atas dasar perikemanusian,abg sulung saya terpaksa akur..report di buat seprti yg di suruh oleh staf trafik semporna..

Hari-hari,keluarga datang ke balai polis tanya perkembagan siasatan terhadap kes kematian arwah.bila tanya unit jenayah,unit jenayah pas pula ke unit trafik..tanya unit trafik pas pula ke unit jenayah.

Perkara yang tidak masuk akal,apabila staf trafik whtsap abg sulung saya untuk minta motor di hantar kebalai polis,bukan itu saja.malah staf trafik itu juga meminta kami untuk mencari kakitangan peronda yang menghantar arwah ke hospital..apa sudah jadi org biasa seperti kami yang perlu mencari kakitangan peronda tersebut,apa kuasa yang kami ada?? adakah prosedur PDRM seperti itu??mohon pihak PDRM bagi pencerahan.

Sehinggalah keluarga hilang sabar,kami terus berjumpa dengan OCPD semporna..bila dengar penjelasan OCPD bukan main gembira lagi keluarga,kononnya dia sendiri yang akan PEGANG ini kes..

Selang 3-4 hari selepas berjumpa dengan OCPD,dalam jam 12 malam,unit jenayah memanggil kami adik beradik ke BALAI POLIS SEMPORNA untuk face to face dengan sipolan,isteri sipolan,adik sipolan dan bapa sipolan(org terakhir bersama-sama arwah).

Tepat 45 hari arwah di kubur,kakitangan unit trafik sekali lagi menghantar whtsap kepada abg sulung saya bahawa keputusan sudah di keluarkan..surat keputusan tersebut hanya di tinggalkan di kaunter balai polis trafik tanpa ada penjelasan dari unit trafik semporna..kertas keputusan menyatakan BAHAWA ARWAH MENINGGAL ATAS ALASAN TERBABAS SENDIRI..

persoalannya di sini,bagaimana mungkin balai polis semporna membuat kenyataan TERBABAS sendiri tanpa ada bukti kukuh satu pun,hanya dengan alasan unit trafik telah mendengar keterangan isteri sipolan,kononnya kemalangan berlaku di depan mata beliau..sedangkan keterangan isteri sipolan di unit jenayah ketika keluarga face to face,mengatakan dia mendapat maklumat arwah kemalangan dari bapa sipolan melalui penggilan telefon..

Nampak sangat BALAI POLIS SEMPORNA TIDAK TELUS dalam siasatan..termasuk dengan OCPDnya sekali..ia dengan OCPD SEMPORNA

Dan di sini kami sertakan report buka kes yang di buat di balai polis karamunsing,KAMI SEKELUARGA MOHON BALAI POLIS SEMPORNA UNTUK GALI SEMULA KUBUR ARWAH UNTUK MENGETAHUI PUNCA KEMATIAN ABG SAYA MOHD HELMI BIN HABIL DAN MOHON SIASAT DENGAN TELUS..ini melibatkan nyawa,alangkah gembiranya org yg telah membunuh abg sya apabila kes langsung tidak di siasat..kami juga tahu,org yang terlibat kes bunuh arwah mempunyai hubungan kekeluargan dengan PEGAWAI DI BALAI POLIS SEMPORNA..

Doa kami sekeluarga,semoga ssiapa yang telah bersubahat dan membunuh abang saya mendapat balasan setimpal dengan apa yang mereka lakukan..

Syaitan yang bertopengkan manusia,langsung tiada perikemanusiaan isteri arwah tengah sarat megandung anak kedua,anak sulung pula baru 2 tahun..adik beradik mana yang sanggup melihat keadaan begitu.hebat sipolan dan isterinya pandai berlakon,siap post d fb kononnya sedih sangat2 kehilangan kawan baik,sedangkan hakikatnya mereka yang bertanggungjawab atas kematian abg sya.

Saya bagi pihak keluarga merayu kepada pihak PDRM tolonglah,siasat kes kematian abg saya,kasihanilah ibu saya,hari-hari dia pesan TOLONG JANGAN BERHENTI TUNTUT KEADILAN KEMATIAN ABG SYA SEHINGGA SEMUA PEMBUNUH tu terima hukuman.kasihani la kami,di mana undang2 keadilan malaysia???bantulah orang yang teraniya seperti kami.hukum la semua pembunuh dan orang yang bersubahat membunuh abg saya..

Nukilan: org yg teraniya kg sg tohok,semporna.sabah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s