Antara Bukti Kegagalan Shafie (KKLW) Di Sabah

Antara Bukti Kegagalan Shafie (KKLW) Di Sabah

Dakwaan Ahli Parlimen daripada Sabah, MP Libaran, Yb Juslie Ajirol.

Beliau mendakwa jalan di Luboh peringkat 6 yang terletak dirancangan Sungai Manila. Telah lama dalam keadaan yang rosak, sejak lagi Shafie di Kementerian KKLW.

Beliau mendakwa sungguhpun beliau telah mengemukakan banyak surat permohonan agar jalan itu dapat dibaiki tapi sayang ia tidak mendapat perhatian dari Shafie Apdal, selaku Menteri KKLW.

Kerana itu beliau akan menghantar balik semua surat permohonan jalan berkenaan ke Kementerian KKLW yang sekarang diterajui oleh Ismail Sabri. Pun begitu Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah mengambil inisiatif akan membaiki atau menaiktaraf jalan berkenaan dalm tempoh yang terdekat. Alhamdulillah

Inilah antara buktinya dimana Shafie Apdal selaku mantan Menteri KKLW telah gagal memikul tanggungjawabnya. Kegagalan Shafie itu pula tidak hanya menjurus kepada jalan pertanian tapi juga melibatkan keperluan prasarana asas masyarakat luar bandar seperti jambatan kampung dan rumah golongan miskin yang sepatutnya mendapat pembelaan melalui program bantuan pembaikan rumah dan sebagainya.

Itu juga bermakna usaha jentera Warisan yang cuba memburukkan BN dengan memviralkan gambar rumah usang dan prasarana yang berada di luar bandar. Hanyalah usaha yang sia sia dan bertukar menjadi senjata makan tuan. Seperti gambar dibawah yang cuba diviralkan oleh jentera Warisan.

Rumah usang di Kampung Gaya, KK

Dibawah adalah entry di Facebook Yb Juslie Ajirol berhubung jalan rosak yang tidak diberikan perhatian oleh mantan Menteri KKLW, Shafie Apdal.


Jalan kontroversi, jalan luboh peringkat 6, rancangan sungai manila. Ini merupakan tanggungjawab KKLW masa dibawah bidang kuasa Menteri yang sebelum ini. Malangnya permintaan ini bukan keutamaan YB Menteri pada masa itu. Sungguhpun permohonan sdh dihantar oleh saya sendiri sebagai MP Libaran pada masa itu.

Atas dasar tanggungjawab kepada masyarakat luar bandar, saya menghantar semula permohonan menaiktaraf jalan ini untuk kegunaan masyarakat kampung. Memandangkan ini merupakan permohonan baru, standard protokol sedia ada perlu dipenuhi agar usaha merealisasikan berjaya. Diharap masyarakat di kawasan ini bersabar.

Tan Sri DSP Musa Aman sendiri berusaha mencari pembiayaian untuk menangani isu ini melalui bajet kerajaan negeri sekiranya KKLW dibawah Menteri Dato’Seri Ismail Sabri Bera tidak mempunyai peruntukan yang diharapkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s