Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini membenarkan reman Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Peter Anthony dilanjutkan 4 hari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian tanah kelapa sawit yang bernilai RM155 juta di Tongod, Sabah.
Tempoh sambungan bermula esok dan berakhir pada Jumaat ini. Sebelum ini dia direman 3 hari yang bermula pada Sabtu yang lalu.
Klik link ini Peter direman tiga hari
Seorang lagi Michael Persius yang terbabit dalam penyelewengan ini masih dicari oleh SPRM.
Ini adalah tangkapan kali kedua Peter Anthony ditahan bersama 12 lagi yang lain berkaitan kehilangan dana awam kira-kira 15 bilion yang disalurkan melalui Kementerian KKLW dari tahun 2009 sehingga 2015.
Peter Anthony adalah pemimpin atau public figure kepada satu parti tempatan Sabah, Parti Warisan Sabah.
Sebagai public figure dan telah melakukan kesalahan sebaiknya pemimpin Warisan ini mengakui kesalahan mereka. Dan mendedahkan kedudukan yang sebenar sebenarnya, selain dirinya pemimpin mana lagi yang terlibat.
Semalam admin mendapat permakluman selain Pemimpin utama Warisan yang berasal dari Semporna. Seorang lagi individu biasa yang juga berasal Semporna telah dikenalpasti terlibat dalam kes ini.
(Pun begitu kita tunggu dan lihat sajalah, siapa tahu individu biasa itu terbabit dalam kes yang lain bukannya kes tanah di Tongod)