PETALING JAYA: Seorang pembantu menteri membidas Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal sebagai berniat jahat kerana kenyataan tentang unjuran hasil kerajaan negeri sebanyak RM4 bilion bagi 1978.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marahaban berkata Shafie berbohong apabila mendakwa hasil Sabah lembap sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Beliau berkata semakan dengan jabatan arkib kementerian menunjukkan hasil negeri pada 1978 adalah RM479,027,790 manakala geran persekutuan, sumbangan dan pembayaran balik adalah RM45,790,248, menjadikan hasil keseluruhan tahun tersebut RM524,818,038.

“Saya ada rekod sejarah membuktikannya. Jadi dari mana Shafie Apdal dan bekas ketua akauntan negeri Ibrahim Menudin dapat angka RM4 bilion hasil pada 1978?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjawab laporan FMT semalam di mana Shafie mencemuh unjuran hasil kerajaan negeri bagi tahun depan, menganggapnya angka biasa.

Beliau berkata Ibrahim memberitahu angka sama pernah dicapai pada 1978, bererti hasil Sabah lembap sejak lebih 30 tahun lalu.

“Saya tak kagum, dan rakyat juga tidak kagum,” katanya.

Ramlee berkata dakwaan Shafie kononnya hasil Sabah pada 1978 ialah RM4 bilion adalah “ganjil”, memandangkan hasil kerajaan persekutuan pada 1981 ialah RM6 bilion lebih sahaja.

“Kalau Shafie mahu berbohong, sekurang-kurangnya cubalah berbohong secara pintar. Ada rekod sejarah di arkib yang tidak boleh dipertikaikan.

“Dia sama ada tidak mengulangkaji atau sengaja cuba memperdaya rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar yang beliau rasa mudah diperdaya,” katanya.

Adun Bugaya itu menambah kerajaan Sabah sekarang berjaya menambah baik ekonomi negeri sehingga 10 kali ganda sejak kerajaan Berjaya pada 1978.

Kementerian Kewangan Sabah, di bawah Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, turut mencatatkan prestasi “sangat cemerlang”, di RM1.24 bilion hasil belanjawan pada 2001 berkembang kepada RM1.56 bilion pada 2003 dan RM2.33 bilion pada 2008.

Ia mencapai RM3.69 bilion pada 2012 dan melepasi paras RM4 bilion iaitu sebanyak RM4.58 bilion pada 2014, tambahnya.

Belanjawan negeri kekal konsisten pada paras RM4 bilion sejak 4 tahun lalu, katanya.

“Tambahan pula, harus diambil maklum kewangan Sabah di bawah pentadbiran Musa menghasilkan akaun berlebihan selama 16 tahun berturut-turut.

“Sila iktiraf kejayaan itu. Sekalipun Shafie enggan berbuat demikian, sekurang-kurangnya janganlah berbohong,” katanya.

Beliau turut menepis kenyataan Shafie mengatakan pertasi Sabah akan lebih baik dari yang dijanjikan kerajaan sekarang sekiranya diuruskan dengan betul.

“Shafie mahu jadikan Sabah seperti Singapura? Lucu. Dia tak mampu jaga satu kementerian pun semasa dia setia pada Barisan Nasional.

“Sekarang selepas dia tinggalkan semua yang beliau janji akan lindungi, bagaimana lagi mahu percayakan kata-katanya. Dia berbohong tanpa rasa bersalah pun,” katanya.

Sumber FMT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s