Laporan Audit Sabah Mendapat Taraf Baik

KOTA KINABALU: Pengurusan kewangan Sabah bagi tahun 2016 menerima taraf “baik” dalam siri ke-2 Laporan Ketua Audit Negara yang diterbitkan hari ini.

Kumpulan wang disatukan kerajaan negeri mencatatkan peningkatan RM276.74 juta atau 13% kepada RM2.41 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2015.

Sementara itu, pencapaian prestasi perbelanjaan Sabah pada 2016 adalah RM992.50 juta atau 77.5% daripada peruntukan semasa yang diluluskan oleh kerajaan negeri.

“Penyata kewangan kerajaan negeri pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini,” kata laporan itu.

Pelaburan dalam bentuk simpanan tetap dan deposit berjumlah RM2 bilion, manakala pelaburan di perbadanan awam dan badan berkanun pada akhir 2016 berjumlah RM6.53 bilion.

“Kedua-dua pelaburan tersebut telah memberi pulangan dalam bentuk faedah dan dividen masing-masing berjumlah RM99.89 juta dan RM286.23 juta,” kata laporan itu.

Laporan itu juga memberikan taraf “baik” kepada prestasi kerajaan negeri melaksanakan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).

“Di bawah RMK-11 sebanyak 5,547 projek telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk dilaksanakan oleh 11 kementerian dan jabatan dengan peruntukan berjumlah RM1.28 bilion,” katanya.

Sebanyak 5,001 projek atau 90.2% siap dilaksanakan, sebanyak 335 projek atau 6% sedang dilaksanakan dan 211 projek atau 3.8% belum bermula, tambahnya.

Laporan itu juga berkata setakat 30 Jun, pejabat ketua audit negara menerima 44 penyata kewangan badan berkanun negeri dan 24 penyata kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Hanya 4 badan berkanun negeri masih belum menyerahkan penyata kewangan bagi 2016 untuk diaudit,” katanya.

Semua 44 penyata kewangan badan berkanun negeri dan PBT bagi 2015 telah diperkenankan tanpa teguran manakala 2 agensi mendapat laporan audit berteguran.

Sumber.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s