KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju untuk mengemukakan kepada kerajaan pusat satu syor meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menyusun semula senarai negeri di Malaysia bagi mencerminkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang membentuk Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat serta negeri ini.

“Apa sahaja cadangan yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri, kita (kerajaan negeri) akan terima.

“Apa yang disyorkan oleh Yang Berhormat itu (Adun Usukan), kalau kita minta, ia (syor) akan dimajukan kepada jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemandu berkaitan dan seterusnya kepada kerajaan pusat dan Perdana Menteri,” katanya.

Musa berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (BN-Usukan) yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini Isnin.

Salleh berkata, penyusunan itu akan mencerminkan dengan jelas status negeri Sabah dan Sarawak iaitu Kategori A untuk negeri-negeri di Sememanjung dan Kategori B untuk Sabah dan Sarawak.

Katanya Sabah dan Sarawak merupakan rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia dan bukan sekadar salah sebuah negeri di dalam negara.

Ini adalah untuk menentukan keadaan bahawa ia selari dengan asas penubuhan negara Malaysia, katanya.

Terdahulu, Musa berkata kerajaan negeri menyokong pembentukan jawatankuasa di peringkat persekutuan iaitu Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu bagi mengkaji hak Sabah secara keseluruhan di bawah Perlembagaan Persekutuan Hak Hasil Sabah, Akta Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963.

Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan susulan mesyuarat pertama mengenai pelaksanaan penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jun lepas yang dipengerusikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Musa berkata kerajaan negeri berpendapat bahawa apa juga semakan terhadap hak negeri di bawah perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan harus dilakukan berdasarkan kerajaan kepada kerajaan.

“Di samping itu, peranan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang, khususnya untuk mengkaji geran khas sejajar dengan Bahagian Empat Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan telah diperluas secara keseluruhan untuk mewakili kerajaan negeri dan seterusnya melaporkan kepada kabinet negeri Sabah,” katanya. – BERNAMA


Pendirian Ketua Menteri Sabah ini bertepatan dengan langkah bijaksana yang diambil sebelum ini. Dimana kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menuntut perkara yang difikirkan perlu didalam Perjanjian 1963.

Klik link ini Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s