Tidak Salah Shafie Membuat Kebaikan Tapi!

Berkenaan penafian yang dibuat oleh Pastor George selepas tersebarnya kenyataan Presiden Warisan semasa berucap di Majlis Perjumpaan bersama Ketua Ketua Gereja yang berlangsung di daerah Keningau.

Menurut Pastor George Timus,

Perjumpaan ramah-mesra pemimpin Parti Warisan Sabah bersama ketua-ketua Gereja di Keningau baru-baru ini (19.11.2017) merupakan perjumpaan yang berbentuk dialog dan ini menunjukkan sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh Presiden Parti Warisan Mohd Shafie Bin Hj Apdal semasa perjumpaan di Keningau.

Perjumpaan dan dialog dihadiri oleh 200 ketua-ketua Gereja penganut-penganut Kristian sekitar daerah kawasan Keningau, Tenom dan Pensiangan, dan telah mendapat pujian serta telah membuktikan bahawa Shafie adalah seorang pemimpin untuk semua kaum dan agama.

Apa yang dapat disimpulkan daripada sesi dialog tersebut bahawa sekurang-kurangnya ada pemimpin yang sanggup mendengar pendapat kita. Kita menghormati dan faham bahawa agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysi., Namun adakah salah bagi seorang pemimpin berpengalaman seperti Shafie untuk menerima, mendengar dan memberi pendapat berhubung isu semasa yang kami utarakan dalam sesi tersebut.

Sebagai salah satu pemimpin gereja yang mengikuti sesi dialog tersebut amat berterima kasih kepada Shafie atas keperihatinan beliau dalam membantu dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh gereja dan penganut kristian di negeri ini sekiranya Parti Warisan memerintah negeri Sabah kelak.

Di dalam sesi dialog tersebut, saya berpendapat bahawa Shafie tidak melakukan sebarang kesalahan yang berunsurkan hasutan ataupun yang boleh menggugat keharmonian seluruh kaum di Malaysia ini kerana apa yang disarankan oleh beliau adalah lebih bersifat keterbukaan kepada seluruh kaum dan agama. Saya juga percaya bahawa ada pihak yang cuba memesongkan fakta ini untuk kepentingan masing-masing.

Saya juga menolak dan menyangkal khabar angin yang mengatakan bahawa kesan daripada perjumpaan tersebut telah menyebabkan perpecahan dikalangan penganut Kristian.

Artikel ini diakhiri dengan pertanyaan. Salahkah Shafie untuk melakukan sedemikian demi kebaikan rakyat Sabah?

Sumber Salahkah Shafie Berdialog Dengan Penganut Kristian?


1. Tidak ada salahnya membuat kebaikan malah digalakkan oleh semua agama. Tapi mencampuri agama orang lain sedangkan anda ahli politik dan bukan agamawan tapi dalam masa yang sama mengaitkan agama seseorang yakni agama Kristian dengan kegagalan. Adakah sikap ini tidak salah dari konteks keharmonian beragama?

2. Penafian itu kononnya ditulis seorang pastor, boleh dipercayaikah? Boleh saja kenyataan itu ditulis oleh orang lain atau penyokong Warisan. Siapa tahu? Kerana itu kalau benarlah penafian itu datang dari pastor yang hadir, maka harus diceritakan serba sedikit kronologi dialog. Untuk membuktikan majlis itu adalah majlis dialog dan kenyataan itu ditulis oleh Pastor berkenaan.

3. Menurut kenyataan diatas perjumpaan itu adalah forum dialog. Kalau forum dialog, siapa panelnya, boleh tunjukkan bukti sama ada dalam bentuk gambar atau rakaman semasa dialog berjalan. Apa yang disoal oleh para Pastor dan apa jawapan balik Presiden Warisan?

4. Kalau benar majlis itu adalah dialog. Apa pula tajuk forum berkenaan? (Sedangkan kita tahu majlis itu bukannya forum tapi perjumpaan bersama Ketua Ketua Gereja yang bertujuan untuk meraih sokongan dari kalangan Ketua Ketua Kristian)

5. Mengkritik pemimpin politik yang beragama Kristian di majlis yang ada unsur agama, adakah itu tidak mempolitikkan agama? Seperti mana kenyataan ini, Presiden Parti Warisan Sabah menamakan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Joseph Kurup, presiden Parti Bersatu Sabah Joseph Pairin Kitingan, Pertubuhan Persatuan Pasokmomogun Kadazan (Upko), Wilfred Madius Tangau dan presiden Upko Bernard Dompok sebagai pemimpin yang menggambarkan diri mereka sebagai pahlawan Kristian sahaja kawasan masing-masing. Shafie berkata mereka tidak menolak kerjasama Umno dengan PAS, yang mengajar versi Islam yang melampau. “Kenapa Kurup, Dompok dan Pairin tidak mengatakan apa-apa kepada Umno.

6. Sebenarnya sebelum entri ini ditulis, admin telah menerima panggilan telefon dari seorang marhaen yang beragama Kristian dari pantai barat Sabah. Dia kurang atau tidak bersetuju dengan majlis yang dianjurkan oleh Presiden Warisan bersama Ketua Ketua Gereja. Apa maknanya tu? Maknanya dia maklum itu bukan dialog agama tapi majlis yang mempolitikkan agama.

7. Bagaimana pula dengan kenyataan dari Majlis Gereja Gereja Sabah (SCC) Bishop Melter Jiki Tais yang bertentangan dengan kenyataan atau penafian Pastor George Timus diatas sekaligus mengecam sikap pemimpin Warisan yang menggunakan agama untuk berpolitik? Beliau berkata Kami tiada isu di sini, termasuk penggunaan kalimah ‘Allah’. Di Sabah, kita hidup dalam harmoni. Ada ahli keluarga saya yang beragama Islam,”. Tidak wajar pemimpin politik menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: