Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal – BN Sarawak

Uinna rupanya bukan hanya pemimpin BN yang beragama Kristian di negeri ini yang terkesan dek kritikan Presiden Warisan, Shafie Apdal. Tapi juga pemimpin BN yang beragama Kristian di negeri jiran Sarawak.

Pada Isnin yang lalu Ketua Pemuda PBS telah membuat laporan Polis terhadap Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal Dari PBS (Sabah)

Hari ini pemimpin BN dari Sarawak pula yang mengambil giliran. Iaitu
Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Shafie Apdal di bawah Akta Hasutan di Balai Polis One Stop Centre, Simpang Tiga di sini.

Menurut Pemuda Pusat SUPP Tan Kai, Shafie dengan sengaja menyatakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) harus membiarkan orang Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah dalam kepercayaan masing-masing dan jangan disalah tafsir untuk menjejaskan umat Islam.

“Ini adalah ucapan berbaur hasutan kerana kerajaan persekutuan telah membenarkan Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah,” katanya yang mana kenyataan tersebut telah dimuat naik dalam satu portal berita tiga hari lalu.

Beliau yang juga merupakan setiausaha politik Ketua Menteri menyeru pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap Shafie kerana cuba mencetuskan sentimen yang kurang menyenangkan hanya kerana terdapat ramai kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak beragama Kristian.

Tan Kai menegaskan bahawa pemimpin politik tidak seharusnya menggunakan agama untuk membangkitkan perpecahan di kalangan rakyat.

Tambahan pula, Sarawak adalah sebuah negeri yang aman dan damai dengan semua agama dan bangsa hidup bersama.

Oleh yang demikian, tindakan tidak masuk akal itu harus dihentikan dan tindakan terhadap Shafie perlu diambil secepat mungkin.

Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang dan ahli daripada cawangan lain di sini iaitu Milton Foo, Leonard Tan dan Mok Chuan Ping turut menyertai Tan Kai membuat laporan polis semalam.

#BNforSabahan

4 thoughts on “Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal – BN Sarawak

    • Menurut Pemuda Pusat SUPP Tan Kai, Shafie dengan sengaja menyatakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) harus membiarkan orang Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah dalam kepercayaan masing-masing dan jangan disalah tafsir untuk menjejaskan umat Islam.

      “Ini adalah ucapan berbaur hasutan kerana kerajaan persekutuan telah membenarkan Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah,” katanya yang mana kenyataan tersebut telah dimuat naik dalam satu portal berita tiga hari lalu.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s