1. Julung kalinya seorang pemimpin islam dalam negara ini mencampuri urusan agama lain. Sejak merdeka, tiada pemimpin islam yang pernah membuat kenyataan mencampuri urusan agama lain, seperti mana kenyataan Shafie di Keningau pada hujung minggu lalu.
2. Kalau adapun pemimpin islam menyatakan berkaitan dengan agama selain agama islam, hanya berkisar, bahawa anutan agama bagi setiap rakyat negara ini terperlihara dalam perlembagaan negara, ertinya, setiap rakyat bebas mengamalkan pegangan agama masing-masing.
3. Kenyataan Presiden parti Warisan Sabah itu, mencampuri urusan agama lain, apatah lagi termasuk mempersoalkan para individu penganut agama lain, merupakan satu tindakan bukan sahaja melampui batas atau keterlaluan, akan tetapi kepimpinan beliau telah kehilangan integriti sebagai pemimpin yang beragama islam.
4. Shafie sebagai pemimpin islam, telah melangkau batas sebagai penganut agama islam, yang mana dalam agama itu, sentiasa berpegang kepada kepercayaan, agamaku, agamaku, agama kamu adalah agama kamu. Membuat kenyataan, seperti mana di Keningau itu, seolah-olah, kebebasan beragama bagi setiap rakyat dalam negara ini, sesuai dengan Pelembagaan Negara tidak dilaksanakan.
5. Sebenarnya, kenyataan Shafie itu, bukan sahaja memalukan diri beliau, akan tetapi mendapat bidasan daripada penganut agama yang beliau perkatakan.
6. Shafie lupa, berpolitik, bukan cara untuk menghalalkan cara, apatah lagi melanggar akidah.
7. Penulis, tidak ada maksud memberi khutbah kepada mantan Naib Presiden Umno itu berkaitan agama, akan tetapi penulis, merasa terkilan, kerana beliau merentasi sempadan sebagai pemimpin yang beragama islam.
8. Shafie tidak perlu membuat kenyataan berkaitan agama lain, khususnya agama kristian, kerana agama itu memangpun, salah satu agama anutan rakyat negara ini yang bebas dianuti. Shafie tidak perlu mengulang berkaitan dengan penggunaan Kalimah “Allah” bagi penganut agama itu di Sabah dan Sarawak, kerana sejak tahun 2011, ianya telah diselesaikan.
9. Nampak gayanya, MP Semporna itu, semacam hilang pedoman, sebagai pemimpin politik. Beliau terlupa, membuat kenyataan seumpama itu, tiada jaminan bahawa beliau mendapat sokongan politik, kerana penganut agama yang kononnya beliau perjuangkan, sedar, bahawa kenyataan beliau itu, hanya satu gimik politik.
Sumber.
Selain apa yang dinyatakan diatas, suka admin mengimbas kembali atau membuat perbandingan sikap toleransi beragama diantara Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dengan individu yang dimaksudkan diatas iaitu Presiden Warisan, Shafie Apdal.
1. Hal atau sikap Presiden Warisan seperti yang dinyatakan diatas amat berbeza dengan sikap Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman didalam menangani atau mengurus konflik berkaitan agama Kristian di negeri Sabah.
2. Dimana kerajan negeri mendukung prinsip beragama dan memandang serius apa apa isu yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian dikalangan penganut agama di negeri ini.
3. Seperti contoh respon yang diberikan oleh Tan Sri Musa Aman keatas dakwaan yang dibuat oleh Presiden Gereja Sidang Injil Borneo (DON) dimana pihak gereja tidak berpuas hati apabila kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tersilap memasukkan status agama Islam pada individu yang sebenarnya beragama Kristian.
4. Justeru beliau mahu JPN di negeri Sabah mengambil langkah yang serius sekaligus menyelesaikan masalah itu. Beliau juga mahu pihak JPN mengemukakan laporan terperinci termasuklah langkah langkah yang akan diambil bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.
5. Beliau juga menegaskan bahwa tidak ada ruang untuk pihak yang tidak ada sikap toleransi terhadap agama dan bangsa di negeri Sabah. Bermaksud jangan campuri urusan agama orang lain, kerana setiap agama ada agamawan mereka yang lebih arif dan bertanggungjawab menjaga kelangsungan agama mereka. Oleh sebab itulah jangan ada pihak atau pemain politik yang beragama Islam tapi mencampuri agama orang lain aka Kristian atau sebaliknya.
6. Tapi apa yang disampaikan oleh Presiden Warisan semasa berucap di majlis ramah mesra bersama pemimpin gereja di daerah Keningau? Klik link ini Pemimpin BN Sabah yang beragama Kristian adalah “Munafik”
#BNforSabahan