KOTA KINABALU 18 Nov. – Perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri adalah sesuatu yang sangat sensitif dan dianggap sebagai anti-Persekutuan.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pada masa itu larangan dikeluarkan untuk memastikan tiada perbincangan MA63 dibuat secara terbuka, malah Dr. Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan sesiapa sahaja yang melanggar larangan itu.
Pairin berkata, berikutan itu, rakyat Sabah menjadi takut untuk membincangkan isu berkenaan disebabkan tindakan Dr. Mahathir yang menggunakan ISA.
“Pada masa tersebut tiada tempat dan peluang untuk membincangkan isu itu secara terbuka dengan Perdana Menteri waktu itu, sebarang perbincangan MA63 dan dokumen lain berkaitan penubuhan Malaysia dianggap terlarang.
“Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, kerana Dr. Mahathir tidak pernah mengambil sebarang tindakan mengenai MA63 sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika berucap dalam Kongres PBS Ke-32 di sini hari ini.
Kongres berkenaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang turut hadir. Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Maximus serta barisan kepimpinan dan ahli PBS.
Menurut Pairin, langkah keras Dr. Mahathir itu tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ke atas Sabah, malah Najib amat terbuka untuk mendengar setiap keluhan rakyat jika terdapat sebarang peruntukan dalam MA63 yang disalahtafsir.
“PBS bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau bukan sahaja menghapuskan ISA, malah bersedia mendengar setiap kebimbangan rakyat Sabah.
“Beliau mengumpamakan Malaysia sebagai satu keluarga yang akan sentiasa ada perselisihan adik beradik, termasuk suami dan isteri yang menunjukkan kejujuran beliau untuk menangani isu ini secara aman melalui perundingan,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Untuk nota, parti Warisan yang diketuai oleh Datuk Shafie Apdal adalah sekutu PPBM iaitu parti yang dinaungi oleh Dr M.
#BNforSabahan