JASA Reka Cerita Kosong – 1MDB

Admin nak cerahkan perihal apa yang dinyatakan oleh seorang pegawai Jasa. 

Kenyataan itu bertujuan menjustifikasikan tindakan negara jiran Singapura yang tidak memanggil Perdana Menteri Malaysia.
Dia berpendapat kalau benarlah PM Najib Razak terlibat dalam skandal 1MDB tapi kenapa PM Najib Razak tidak dipanggil oleh pihak Singapura bagi membantu siasatan. Sedangkan pemerintah Singapura sedang menyiasat tiga rakyatnya yang terlibat dalam transaksi 1MDB.

Kamu ingat pendapat itu, ada kebenarannya kah dan dengan itu PM Najib tidak terlibat dalam skandal 1MDB?

Kamu kena ingat sebelum ini wang 2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM Najib Razak bukannya langsung dari 1MDB. Tapi terlebih dahulu dipindahkan atau dicuri oleh orang ketiga melalui urusniaga tipu dengan 1MDB. Yang menjadi isu ialah kenapa wang sejumlah itu berada dalam akaun peribadi seorang Perdana Menteri dan kebetulan pada masa itu hanya 1MDB sebagai anak syarikat kerajaan yang ada melakukan transaksi yang hampir sama.

Sebab itulah ia membawa kepada terbongkarnya skandal 1MDB. Jadi untuk membuktikan yang PM Najib Razak terlibat secara langsung dengan 1MDB, adalah mustahil.

Sama halnya dengan penculikan di pantai timur Sabah. Kalau kita lihat gambar individu yang disyaki sebagai penculik, nampak macam orang yang buta huruf yang mustahil membuat tuntutan yang berjuta. Admin berpendapat hanya untuk menggunakan telefon pun, admin rasa mereka tidak pandai. Apa lagi membuat tuntutan yang memerlukan taktik dan kepandaian. Bererti ada orang ketiga di belakang mereka yang mahir dan agak berpendidikan.

Nah begitu juga kaitannya 1MDB dengan PM Najib Razak. Kalau kita lihat secara kasar, beliau tidak terlibat. Tapi tanpa kuasa seorang Pengerusi atau ketua, wang sebanyak itu tidak boleh dikeluarkan. Jadi tidak ada keperluannya untuk pihak Singapura memanggil PM Najib Razak bagi membantu penyiasatan. Tapi yang pasti hasil siasatan itu akan digunakan bila tiba masanya.

Agensi JASA ni, mereka tidak kecewa sebab tidak dipanggil bagi membantu siasatan kalau betul dipihak yang benar. Malah bergembira. Sebab itulah juga mereka tidak berani mencabar dakwaan atau tuduhan WSJ dan Sarawak Report serta akhbar dari negara jiran yang tidak henti henti mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dengan skandal 1MDB. 

Jadi jangan perasan ok. 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s