

Boleh dikatakan ini surat pelantikan Amarjit Singh bekas Pengarah Air Sabah era kerajaan Warisan.
Dulu dia ni ahli Warisan tapi apa bila kerajaan Warisan tumbang, dia menyertai parti STAR.
Amarjit Singh Keluar Warisan Sertai STAR
Ada sebab dia dipanggil ni, mungkin kerana pengalamannya selaku pengarah air negeri Sabah. Waktu itu dia ni kira membongkar jugalah kes curi air di kubo Warisan. Tapi sekejap saja, tidak tahu pula sebab apa.
Beberapa bulan lalu si Amarjit Singh mendakwa pengurusan Jabatan Air Negeri Sabah lemah. Pendapat itu dia lontarkan di satu posting netizen pro Warisan yang menyentuh isu air.
Tidak lama selepas itu beberapa daerah di landa banjir.
Selepas ini kita tengok konok, apa akan berlaku. Walaupun kita tahu bekalan air mulai pulih di kawasan yang kritikal sebelum ini, setelah kerja kerja pemotongan sambungan paip haram kerap dijalankan.
Idea memotong sambungan paip haram sudah ada. Apa pula idea Amarjit Singh!
Kalau berlaku balik banyak gangguan air. Nah bukan siapa siapa yang menjadi subjek masalah termasuk peralatan besi. Hahaha!
Tapi terbukti otak Amarjit Singh lah yang kosong.
Begitu juga bekalan letrik, kebelakangan ini ketara gangguan beransur pulih malah di kawasan tertentu, boleh dikatakan tiada lagi gangguan letrik.
Gangguan letrik sebelum ini disebabkan selain kemampuan janakuasa, juga disebabkan perbuataan segelintir kakitangan SESB yang makan rasuah. Bukan SESB yang menerima bayaran tapi terus masuk ke poket kakitangan korup.
Banyaklah cerita rasuah berhubung air dan letrik melibatkan kakitangan cawangan di peringkat daerah.
Saya hanya mendedahkan disini, kamu percaya atau tidak itu bukan masalah saya dan saya tidak rugi pun. Yang pasti kalau tidak percaya, ada yang dibenci kerana kesalahan orang lain.





















