
Terkini, pembangkang menyebarkan ucapan ahli Parlimen Kota Belud.
Politik Warisan hanya tahu dua isu dan isu itulah yang dijajah setiap kali berkempen politik walaupun belum musim pilihan raya.
Pertama berhubung perjanjian Malaysia 1963.
Maka, orang sama yang gagal menunaikannya dan sebelum ini orang sama juga yang menafikannya.
Dulu semasa bersama UMNO, Shafie mengingatkan rakyat Sabah agar jangan mudah dikelirukan pembangkang berhubung perjanjian Malaysia 1963.
Setelah pilihan raya 2018, Shafie duduk sebagai Ketua Menteri Sabah namun gagal menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963. Sedangkan menuntut eleman perjanjian Malaysia adalah manifesto Warisan.
Apa bila Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor mencabar agar membuktikan kejayaan kerajaan Warisan. Mereka menikus, yang dijadikan bukti itu tiga kilang minyak masak, sedangkan tidak termasuk dalam manifesto mereka.
Itupun tiga kilang membungkus minyak masak berkenaan mengalami kerugian yang berturut turut.
Dalam video yang disebarkan. Berapi api api tapi berlapik begitu nada ucapan Ahli Parlimen Kota Belud. Walhal sebelum ini lantang menyalahkan kerajaan persekutuan, sampaikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terpaksa mengkritik balik dan mengingatkan kelemahan kepimpinan Warisan.
Kita juga pernah mencabar pihak Warisan, kalau begitu segera meninggalkan kerajaan perpaduan. Tapi sehingga hari ini ibarat melukut di tepi gantang.
Dia kata lupakan siapa kerajaan di peringkat persekutuan yang penting konok siapa jadi kerajaan di Sabah. Nampak benar hipokratnya. Hahaha!
Itu saya sebutkan baru baru ini, jangan pernah percaya pada gesaan undi parti tempatan yang dimainkan oleh Presiden parti, Shafie Apdal.
Ahli Parlimen Kota Belud menyentuh kelengkapan prasarana yang ketinggalan berbanding negeri negeri lain.
Memang benar tapi siapa yang bertanggungjawab selama ini, kalau bukan Kementerian KKLW dan siapa Menterinya kalau bukan Presiden Warisan, Shafie Apdal. Jangan tengok jauh jauh pandang ke Semporan masih banyak kampung kampung yang tidak ada kemudahan asas yang sempurna, walaupun memegang peruntukan berbilion ringgit.
Semasa kerajaan Warisan, tidak ada yang berubah malah keadaan semakin teruk. Kemudahan asas yang sedia ada walaupun naif, tidak dibaiki. Banyak kampung yang tidak menerima bekalan air sampai berminggu, sama dengan bekalan letrik kerap mengalami gangguan. Di Semporna sehingga hari ini ada perkampungan besar tidak ada saluran paip untuk menyalurkan air bersih dari loji. Sebab itulah masih menggunakan perigi sebagai sumber air.
Era kerajaan Warisan jugalah banyak prasarana roboh kerana usang. Kegiatan jenayah berleluasa akibat segelintir penyokong Warisan besar kepala.
Hari ini kita menyaksikan banyak prasarana di kawasan yang diwakili Warisan roboh atau tidak lagi boleh digunakan.
Bayangkan orang yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral dilantik sebagai Ketua Kampung. Bukan hanya tidak bermoral, nelayan yang kais pagi makan pagi pun dilantik menjadi Ketua Kampung. Kamu rasa boleh kah mereka membuat perubahan ke arah yang lebih baik?
Benar semasa kerajaan Warisan, Kementerian Pelajaran Sabah diwujudkan tapi ada kah fungsinya telah berjalan dan dikecapi rakyat Sabah dan dari mana Kementerian ini mendapatkan peruntukan. Sedangkan ketika kerajaan Warisan, peruntukan yang ada tidak cukup untuk membina dan membaiki prasarana luar bandar.
Begitu juga Kementerian Pelajaran Sabah, apa fungsinya dan dari mana peruntukannya?
Kerosakan jalan raya era kerajaan Warisan. Seincipun kerajaan Warisan tidak membaiki jalan raya rosak di Telupid. Tapi bila tidak lagi berkuasa mereka canang jalan Telupid macam di bulan. Puiii.
Berhubung gangguan bekalan air. Mula berlaku semasa era kerajaan Warisan, akibat beberapa faktor utama. Seperti pendedahan terbaru Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Kerajaan Warisan menukar sembilan syarikat konsesi pembekalan air yang berkemahiran dengan syarikat kroni yang tidak ada kepakaran.
Selain aktiviti mencuri air yang dilakukan oleh kebanyakan pengikut parti Warisan. Ini bukan fitnah tapi fakta berdasarkan kes curi air yang berlaku di lokasi yang dikenal pasti kawasan panas parti Warisan. Dikhabarkan kerajaan hari ini akan menyediakan mereka meter air prabayar. Alhamdulillah.






















Leave a Reply