
Ini Warisan betul betul parasit kepada negeri dan rakyat Sabah. Pembangkang yang sangat tidak ikhlas dan terdesak.
Shafie pemimpin yang tidak sikap sebagai pembangkang baginya pembangkang adalah pihak yang tidak menguntungkan. Ini bukan fitnah, Shafie sendiri yang maklumkan pengikutnya begitu.
Justeru itu mereka sanggup melakukan apa saja termasuk menyerapkan PATI sebagai ahli Warisan sekaligus jentera parti. Agar Warisan sentiasa nampak kecoh, sekalipun sokongan mereka tidak bermakna dalam pilihan raya.
Walaupun tidak bermakna tapi mampu serba sedikit menjejaskan keharmonian di negeri Sabah. Tinggal lagi akhirnya yang menjadi mangsa bukan siapa tapi diri dan bangsa mereka yang sanggup menjadi badut yang tidak bererti.
Dalam masa sama penyokong Warisan yang tidak jelas itu ada matlamat jahat disebalik sokongan yang diberikan. Berharap, kelak kerajaan Warisan memberikan mereka keterangan diri yang sah. Sedangkan Shafie tidak mampu melakukannya, sudah terbukti sebelum ini, PSS gagal setelah di tentang oleh pembangkang ketika itu kerana tidak jelas dan beberapa pemimpin dan penyokong KDMR Warisan.
Itu baru KDMR pro Warisan yang menentangnya, Shafie oi. Cuba rakyat Sabah beramai ramai menghentam kamu kerana telah memperjudikan kedaulatan Sabah. Silap haribulan wakil rakyat Warisan sendiri di penjara puluhan tahun setelah dibongkar menggunakan Ic projek. Jangan hairan ini zaman gila.
Itulah sebabnya jangan percaya pada pemimpin Warisan, apa lagi dalam ucapan mereka kedengaran bermuka muka.
Jika KDMR menjadi audiens maka Bajau Suluk dan Bugis menjadi bahan mereka, begitu pula bila berhadapan dengan Bajau Suluk dan Bugis maka KDMR akan digambarkan sebagai ancaman. Maka timbullah istilah Sabah kita punya, tolak Malaya dan beberapa lagi slogan perkauman kesan propaganda bodoh Warisan.
Hakikatnya Shafie tahu sentimen yang bermain dalam masyarakat Sabah. Sentimen inilah yang diasah untuk mengelirukan masyarakat bodoh dan yang tidak jelas.
Nah laporan portal Daily Express membuktikan siapa pemimpin parti Warisan di Warisan Sepanggar yang diketuai Aziz Jamman, selaku Ketua Bahagian Warisan Sepanggar.
Rupanya si Haninah itu seorang public figure iaitu ahli Warisan yang juga Wanita Warisan Bahagian Sepanggar. Mak oi, jadi jentera rasmi parti Warisan yang berangan angan menguasai Sabah.
Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Rabu menjatuhi hukuman penjara 18 bulan ke atas dua warga asing, kerana memiliki MyKad palsu sebagai dokumen pengenalan diri.
Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhkan hukuman itu terhadap Herman Umar, 36, dan Haninah Tanis, 48, selepas mereka mengaku bersalah secara berasingan melakukan kesalahan itu di bawa Seksyen 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).
Herman mengaku memiliki MyKad palsu bernombor siri 880819-12-6175 di bawah namanya pada 28 Mei jam 3 petang di Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.
Haninah mengaku memiliki kad pengenalan palsu bernombor siri 760515-12-6246 atas namanya, juga di tempat sama pada 29 Mei, jam 11 pagi.
Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dalam kes Herman, pegawai pendakwa JPN Mohd Naser Mohd Nadzeri memaklumkan mahkamah bahawa dia didapati menyerahkan dokumen tersebut untuk pengesahan.
Herman kemudian ditahan apabila semakan oleh Jabatan mendapati MyKad yang dimilikinya tiada dalam rekod JPN.
Semakan pada cap ibu jari Herman juga mendapati ia tidak sepadan dengan mana-mana rekod di Jabatan itu.
Sementara itu, dalam kes Haninah, dia berada di sana untuk menyemak status permohonan kad pengenalan penduduk sementaranya.
Siasatan mendapati Haninah mempunyai kes berkaitan aduan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Kota Kinabalu bertarikh 4 Jun 2019 yang dihantar ke JPN untuk tindakan lanjut terhadap Haninah kerana menggunakan kad pengenalan palsu.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Sabah mendapati Haninah memiliki resit kad pengenalan sementara (MyKas) di bawah namanya dan hasil carian turut mendapati dia mempunyai MyKad palsu di bawah namanya, yang ditemui dalam beg di dalam keretanya.
Siasatan lanjut juga mendapati Haninah memiliki sijil kelahiran berstatus Tidak Ditentukan (Bukan Warganegara) sebagai dokumen pengenalan diri.
Siasatan lanjut Bahagian Kad Pengenalan JPN Sabah dan semakan cap ibu jari Haninah mendapati Mykad nombor 760515-12-6246 merujuk kepada Haninah.
Bagaimanapun, status dalam rekod jabatan bagi nombor pengenalan itu ialah Penduduk Sementara dan bukan Warganegara, seperti yang tertera pada kad pengenalan yang dimilikinya, kata pihak pendakwaan.
Semasa mitigasi, kedua-duanya merayu hanya dikenakan hukuman denda.
Herman berkata, dia perlu menjaga ibu bapanya yang semakin berusia manakala Haninah berkata dia bekerja sebagai tukang kebun.
Mahkamah memerintahkan Herman dan Haninah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap masing-masing dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.





















