15 Ketua Cabang Hilang Kepercayaan Terhadap Pengerusi MPN, Sangkar Rasam

Alamak parti Perdana Menteri bergolak di Sabah.

Dikatakan pada 18 Mach 2024 bertempat di Kota Kinabalu. 15 ketua cabang PKR telah membuat sidang media khas yang bertujuan menolak kepimpinan Sangkar Rasam selaku Pengerusi MPN Sabah.

Tidak dikenal konok siapa Sangkar Rasam sudahlah begitu tidak pernah membuat aktiviti parti. Sebab itu ketua ketua cabang merasakan mereka tidak dihormati oleh parti parti dalam kerajaan perpaduan.

Menurut saya ada dua parti paling tidak menghormati Ketua ketua Cabang ini, satu UMNO kedua Warisan. Betul ke? He!




HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP PENGERUSI MPN SABAH DATUK DR SANGKAR BIN RASAM

Sazayle Donol Abdullah, Ketua Cabang Kota Marudu mewakili 15 Ketua-Ketua Cabang dari seluruh Sabah iaitu;

1. Sazalye Donol – KC Kota Marudu

2. YB Datuk Mustapha Sakmud – KC Kota Belud

3. YB Datuk Christina Liew – KC Kota Kinabalu

4. YB Peto Galim – KC Sepanggar

5. Razeef Rakimin – KC Tuaran

6. Raymond Ahuar – KC Pensiangan

7. Wendey Agong – KC Sipitang

8. Dikin Musah – KC Beaufort

9. Basran Omar – KC Beluran

10. Azmi Tambuyong – KC Kinabatangan

11. Roslee Malek – KC Papar

12. Awang Chuchu – KC Kimanis

13. Roslan Sapar – KC Kalabakan

14. Aris Remigius – KC Batu Sapi

15. Amin Mem – KC Semporna


membuat kenyataan akhbar seperti berikut:

Kami kesemua 15 Ketua-ketua cabang telah sebulat suara menyatakan pendirian kami untuk MENOLAK kepimpinan Datuk Dr Sangkar Bin Rasam sebagai Pengerusi MPN Sabah dan telah pun menyatakan pendirian tersebut melalui Akuan Bersumpah (SD)

Kami juga telah secara rasmi menyatakan pendirian kami dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) pada 17 Mac 2024.

Merujuk kepada persoalan beberapa rakan media sejak semalam berkenaan dakwaan Ketua- ketua Cabang bertindak meninggalkan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sabah yang berlangsung semalam di Pejabat Keadilan Negeri.

Kami ingin mengesahkan dakwaan tersebut adalah benar. Tindakan ini diambil selepas mengambil kira beberapa perkara termasuk kegagalan Pengerusi Negeri, Datuk Dr.Sangkar Rasam dalam memimpin parti di negeri ini.

Sejak dilantik menjadi Pengerusi negeri pada 2022, beliau belum pernah lagi mengadakan program-program bagi memperkasakan parti samada latihan strategi, latihan kepimpinan, latihan komunikasi dan penerangan, latihan pengucapan awam, latihan pilihanraya dan pelbagai lagi program.

Apa yang dilakukan beliau hanyalah menganjurkan majlis makan-makan bagi menyambut pemimpin dari peringkat pusat yang turun ke Sabah.

Beliau tidak begitu dikenali selain tidak mendapat kepercayaan majoriti kepimpinan serta akar umbi parti. Kegagalan beliau juga telah menyebabkan Keadilan dipandang rendah bukan sahaja oleh rakan komponen Pakatan Harapan malah rakan-rakan dari kerajaan Perpaduan.

Semalam semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri, Ketua Cabang Tuaran telah meluahkan permasalahan dan kelemahan kepimpinan negeri yang akhirnya beliau meminta Pengerusi Keadilan negeri, Datuk Sangkar meletakkan jawatan dan berundur secara terhormat.

Tindakan ini disusuli oleh beberapa lagi Ketua Cabang yang menyaksikan akhirnya Ketua-ketua Cabang meninggalkan mesyuarat sebagai tanda protes terhadap kegagalan kepimpinan Datuk Sangkar.

Oleh itu Ketua-Ketua Cabang mengharapkan kebijaksanaan Presiden parti bagi menyelesaikan kemelut ini terutama bila parti ini bakal berdepan dengan Pilihanraya Negeri yang bakal berlangsung pada bila-bila masa

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading