Sekejap lagi admin singkap sikap seseorang yang hipokrit terhadap perkara yang mereka pernah lakukan tapi bila hal yang sama dilakukan oleh orang lain maka ia menjadi satu kesalahan kepada mereka.
Soalnya siapa juga mereka iaitu Warisan kenapa pula masyarakat perlu kisah pada kehendak mereka. Hakikatnya masyarakat Sabah yang lebih berhak dari mereka. Undang-undang bukan milik mereka keadilan bukan milik mereka hatta gaji Ketua Menteri pun masyarakat yang bayarkan tidak kiralah apa dia penyokong Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan.
Bekas Timbalan Menteri dalam negeri yang disingkirkan Aziz Jamman mendedahkan screenshot perbualan diantara ejen dengan wakil rakyat yang dipujuk untuk meninggalkan Warisan dan menyertai kerajaan Perikatan Nasional.
Screenshot yang di dedahkan itu ialah perbualan diantara ejen nombor satu dengan Ahli Parlimen daripada Kota Belud, Munirah.
Soalnya sekarang siapa sebenarnya ejen nombor satu itu, adakah benar dia mewakili agen Perikatan Nasional.
Bukti apa yang si Aziz ada atau kah sebenarnya ejen itu adalah agen Warisan yang diarahkan supaya menyamar bertujuan untuk memburukkan Perikatan Nasional. Ini juga adalah persepsi masyarakat Sabah yang ada diluar sana.
Aziz jangan dedahkan ketidakcekapan tu. Kau tu ahli Parlimen di tempat orang tunjukkan sikit budi pekerti tu. Jangan sikit sikit menyalahkan Perikatan Nasional. Jangan juga lupa sejarah pembentukan kerajaan negeri Warisan.
Adakah ejen Warisan yang sekarang asyik terbang dengan Jet Peribadi. Tidak berunding terlebih dahulu dengan beberapa wakil rakyat BN sebelum bersetuju bersekongkol membentuk kerajaan negeri bersama Warisan?
Janganlah hipokrit oi apa lagi perundingan ejen dengan wakil rakyat BN itu telah berjaya membentuk kerajaan negeri Warisan. Hahaha!
Inilah masalahnya Warisan ni. Mereka buat boleh orang lain buat tidak boleh. Mereka ingat Sabah ini mereka yang punya. Walhal dua atau tiga tahun lagi nasib mereka akan ditentukan oleh rakyat Sabah. Tunggu dan lihat. Sekarang pun nampak sangat gelisah hingga menerbangkan drone untuk mengintip kekuatan lawan.
Kerana sikap yang tidak boleh menerima perbuatan sendiri. Maka begitu jugalah sikap mereka terhadap SPRM kononnya siasatan SPRM ke atas beberapa wakil rakyat Warisan sengaja dirancang oleh Federal untuk menekan mereka supaya menyokong Perikatan Nasional. Seolah-olah SPRM itu sebuah agensi yang tidak ada nilai dan boleh diperkotak-katikkan.
Aziz kalau kamu yakin ejen itu adalah wakil daripada Perikatan Nasional maka dipersilakanlah membuat laporan Polis dan dalam laporan itu nanti nyatakan secara detail siapa ejen ejen itu apa hubungannya dengan kerajaan Perikatan Nasional. Titik!
- Adun Pantai Dalit Cari Dan Saman Individu Dedah Dokumen Jual Beli Rumah
Cerita Adun Dalit, Datuk Jasni Daya beli rumah berharga menjadi isu pada pembangkang. Cerita manipulasi yang cuba disebarkan oleh laskar pembangkang melalui Page Mawar Chanel. Dia tunjukkan dua dokumentasi jual beli bagi mengukuhkan tuduhannya. Dokumentasi jual beli rumah. Apa masalahnya? Memang pun, siapa pun yang membeli rumah pasti ada dokumentasi sebagai bukti jual beli dan… Continue Reading →
- KM Hajiji – Pembangunan Sabah Perlu Seiring Pembangunan InsanKOTA KINABALU: Kemajuan sebenar Sabah tidak boleh hanya diukur melalui pembangunan fizikal, pertumbuhan ekonomi atau kecanggihan teknologi, sebaliknya perlu turut disertai pembangunan insan yang memiliki… Continue Reading →
- KM Hajiji Setuju HPPNS dibawa Ke DaerahKOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersetuju supaya sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah (HPPNS) Peringkat Negeri Tahun 2026… Continue Reading →
- Syabu 265 Kg Kantoi Di Darat Bugaya Dan Pulau Bum Bum, Semporna
Sehari lepas Ketua Polis Sabah mendedahkan bahwa mereka berjaya menangkap pengedar dadah di Tawau dan Semporna. Tangkapan membabitkan dadah syabu sebanyak 25 kilo dan berjaya menangkap pengedar yang terdiri dari empat individu. Termasuk dua pasangan suami isteri masing masing dari Tawau dan Semporna. Di dedahkan juga lokasi tangkapan berlaku di ladang kelapa sawit. Ramai yang… Continue Reading →
- Perkukuhkan TVET Bagi Melahirkan Tenaga Kerja Berkemahiran, Berdaya Saing
KOTA KINABALU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu terus diperkukuhkan bagi membantu melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berdaya saing dalam pasaran kerja berkaitan industri minyak dan gas, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Dalam konteks ini katanya, institusi pengajian tinggi dan pusat latihan kemahiran memainkan peranan untuk membantu dengan… Continue Reading →























