“Mahasiswa UMS” Syok Cerdik, Isu Air Dan Letrik – Jangan Lupa Soal Ic Projek

Golongan syok sendiri walhal diluar sana ramai lagi bijaksana yang terlibat dalam politik yang mampu menentukan masa depan generasi dan negeri bangsa Sabah. Tinggal lagi mereka menyalurkannya secara bijaksana dan berhemah supaya mengena sasaran.

Mereka tahu isu sebenar yang berlaku, dimana persoalan hanya selesai apa bila kemanusiaan diketepikan, ironinya halangan kemanusiaan itu terdiri, ada yang dari keluarga pelajar UMS ini sendiri.

Orang ramai percaya krisis air UMS dan letrik disebabkan berlaku penyambungan haram – Kenapa pelajar yang menjual nama UMS ini tidak membongkarnya, walaupun membabitkan bangsa atau keluarga sendiri, ini tidak yang digigit kerajaan yang bersimpati. Bodoh punya spesis tidak reti diuntung.

Orang ramai juga tidak hanya bercakap soal gangguan air dan yang berkaitan tapi juga pasal Ic projek. Apa “mahasiswa” berkenaan sanggup membongkar dan menyuarakannya sekaligus turun ke jalanan. Tidak takut kalau akhirnya diketahui rupanya pemegang Ic projek itu adalah ahli keluarga sendiri, menyebabkan Ic yang dipegang oleh pelajar berkenaan terbatal. Cubalah!

Mereka hanyalah pelajar UMS, apa lagi setakat rajin menghafal lepas itu apa yang mereka ada. Hakikatnya orang macam mereka, ada tidak ada sama saja.

Kamu belum layak pun bersaing dengan golongan bijaksana diluar sana, tidak percaya tunggu kamu habis belajar nanti baru tahu dan rendah diri rupanya akal dan prinsip yang dipegang masih sangat naif.

Selain itu aku terbaca kalau pelajar syok cerdik ni dilarang menggunakan lambang atau logo UMS tanpa kebenaran.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading