Gempur Rasuah 2.0 Tuntut Shafie, Bung Dan Zahid Pulangkan Wang Rakyat Yang Mereka Curi

Semalam lagi aku tengok berita Mahasiswa belaci terhegeh-hegeh di hadapan kamera selepas berurusan di  Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu. Terhegeh-hegeh untuk minta puji. Hodoh kalau orang nampak berpendidikan tapi miskin pujian.

Mereka memaklumkan akan konok mengadakan perhimpunan atau gempur rasuah 2.0 di bandar Kota Kinabalu.

Ada empat orang bha tu. Tiga budak lelaki dan seorang perempuan.

Tiga termasuk budak perempuan berbangsa Melayu dari Malaya seorang lagi budak lelaki atau Bugis Warisan dari Lahad Datu.

Mau tanam modal sebagai pemimpin masa depan bha tu, tapi awal awal lagi tidak memenuhi syarat. Bangsa dan kewarganegaraan mereka tidak disukai oleh majoriti Sabahan hari ini. Biarlah apa pun yang terjadi pada Sabahan, tidak akan terfikir meminta bantuan dari orang luar apa lagi golongan yang rendah statusnya dari mereka . Jahat dan zalim memang orang Sabah kalau di ajak berkeras kepala.

Kalau itu saja kemampuan dan keberanian Mahasiswa belaci aku yakin Sabahan jauh lebih bijaksana dan berani dan leluhur mereka. Tinggal lagi orang Sabah atau Sabahan belum melihat kejahatan seperti yang cuba di gambarkan oleh belaci berkenaan.

Terutama tiga ekor dari Malaya itu, berlagak sibuk soal Sabah sedangkan kerajaan GRS mendapat sokongan padu dari rakyat Sabah tanpa mengira jenis bangsa dan agama. Oleh itu lebih baik mereka bantai bangsa Melayu yang terdiri dari Pemimpin UMNO, bukan kah sehingga hari masih bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan wang rakyat.

Aku hairan pada “mahasiswa” kononnya menentang rasuah tapi sehingga hari ini tiada seorang pun Menteri dari kerajaan negeri GRS yang didapati bersalah oleh Mahkamah.

Berbanding pemimpin UMNO dan Warisan, orang buta huruf pun mengetahui penyelewengan yang mereka hadapi.

Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang cuba  bertapak di Sabah terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah. Menghadapi 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi. Pada 3 September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan dari semua pertuduhan.

Zahid juga terbabit secara langsung dalam Skandal kapal tempur pesisir (LCS) iaitu pembinaan enam kapal perang untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sepatutnya siap tetapi mengalami kelewatan besar. Projek ini dianugerahkan kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) dengan kos RM9.13 bilion, tetapi sehingga Ogos 2022, tiada satu kapal pun telah disiapkan.

Raja Petra mendedahkan Zahid Hamidi menerima 60 juta ringgit dari projek LCS, wang diserahkan oleh dua syarikat pengurup wang masing masing beroperasi di Malaysia dan Singapura melibatkan lapan transaksi, sekitar tahun 2012 hingga 2013.

Bung Mokhtar selaku pemimpin UMNO dari Sabah. Baru saja Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman bersalah berhubung skandal FELCRA.

Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette, diperintahkan untuk membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berkaitan pelaburan RM150 juta FELCRA dalam unit amanah Public Mutual Berhad2. Keputusan ini dibuat oleh Mahkamah Rayuan selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membebaskan mereka.

Presiden Warisan Shafie Apdal dan kerabatnya sebelum ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu kerana berhadapan dengan tuduhan rasuah dalam Kementerian KKLW. Selain itu Azis Jamman, juga didakwa menerima wang sebanyak RM11 juta daripada seorang taikun bernama Yu Sinkong berkaitan skandal RM1.5 bilion dana KKLW. Namun terlepas apa bila kerajaan persekutuan bertukar setelah pilihan raya umum 2018. Bukan Mahkamah yang melepaskan Shafie dan kerabat dan kroninya dari pertuduhan tapi Menteri Undang Undang dari parti Warisan

Pertanyaan lain, kenapa Mahasiswa belaci berkenaan tidak menuntut Kerajaan Persekutuan supaya tiga pemimpin yang admin sebutkan di atas dibicarakan semula atau hukuman segera dijalankan. Paling tidak Mahasiswa berkenaan wajib menyiapkan sepanduk yang menuntut agar Shafie Apdal dan Bung Mokhtar memulangkan wang rakyat yang mereka curi. Dan sepanduk berkenaan wajib di arak pada perhimpunan rasuah 2.0? macam mana?

One thought on “Gempur Rasuah 2.0 Tuntut Shafie, Bung Dan Zahid Pulangkan Wang Rakyat Yang Mereka Curi

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading