Pemilik Rumah Di Kg Laya Laya Tuaran Tampil Jelas Cerita Sebenar (Video)

Semalam viral video pasal rumah dirobohkan di Kampung Laya Laya, Tuaran.

Saya sudah dengar rakaman video dan lelaki yang bercakap sikit pun tidak menyalahkan kerajaan negeri Sabah atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji. Dia hanya menyalahkan agensi kerajaan, Jabatan Tanah dan Ukur lah maksudnya.

Sebaliknya komen macai Warisan berapi api macam rumah mereka yang kena roboh. Punyalah terdesak ingin jadi kerajaan negeri Sabah, walaupun sudah terbukti gagal sebelum ini.

Mereka ingat andai Shafie menjadi Ketua Menteri maka dia sanggup melanggar peraturan demi penyokongnya. Jangan kamu bodoh, masih kamu ingat cerita dia menandatangani surat permohonan PTI menjadi Warganegara? Setengah mati Shafie menafikannya takut undi berkurang dan takut dihadapkan ke Mahkamah. Ertinya Shafie tau bha tu surat yang dia tandatangani tidak laku di JPN tapi dia tandatangan juga supaya pemohon setia pada politiknya dan terus hidup bersama harapan palsu.

Saya tanya kamu, hari ini beratus ribu pemegang Ic projek di Sabah. Ada sudah yang berjawatan dalam kerajaan negeri dan persekutuan. Siapa yang menjalankan Ic projek mereka? yang pasti bukan Presiden Warisan, Shafie Apdal. Tapi kenapa masih ada yang bodoh berharap pada parti Warisan dalam masa yang sama pandai pula menyalahkan kerajaan sebelum ini.

Jangan rakyat Sabah tidak tahu cerita perobohan rumah semasa kerajaan Warisan yang berlaku di Semporna ah. Walaupun baru beberapa bulan Warisan menjadi kerajaan Sabah, tapi sudah berhasrat merobohkan Kampung Simunul, Semporna atas alasan pembangunan. Sebab itulah wujud kampung setinggan di Sk Pekan dua.

Saya tahu siapa pemilik tapak perkampungan Kampung Simunul ia milik individu yang dipersetujui oleh Ketua Menteri, Shafie ketika itu untuk di robohkan. Tapi ketika itu saya tidak mendakwa ia kesalahan kerajaan negeri, sebab saya tahu peraturan dan hak yang tidak boleh dinafikan. Berbeza dengan bangsat bangsat yang menjadi penyokong Warisan, boleh dikatakan semua perkara mereka politikkan. Pui!

Pasal video rumah dirobohkan di Kampung Laya Laya.

Aku sudah agak kalau pemimpin dan penyokong Warisan berkobar kobar menyalahkan kerajaan negeri berkaitan satu satu isu, bererti mereka tidak tahu kebenarannya namun berjaya mensensasikannya. Dimana satu lagi peluang keemasan untuk membohongi rakyat Sabah berjaya dijalankan.

Atitud penjenayah mau jadi kerajaan negeri. Pasti tidak ada kebaikannya andai golongan ini memerintah Sabah. Kau akan nampak kronisme dan nepotisme berleluasa, bencana menimpa silih berganti akhirnya kehidupan rakyat yang tidak berkesudahan. Sedarlah kamu parti Warisan itu hanya untuk masyarakat yang sudah rosak.

Banyak kali sudah aku cakap, kerajaan negeri GRS ni kerajaan yang prihatin dan adil. Sentiasa berusaha menjaga dan memajukan Sabah berlandaskan peraturan dan undang undang. Isu air, letrik dan alan raya hakikatnya ia tinggalan kerajaan Warisan yang gagal ditangani. Kerajaan Warisan hanya berjaya membuang syarikat konsesi air yang masih ada baki kontrak dengan syarikat milik kroni Warisan, makanya krisis air mengambil masa untuk diselesaikan. Jalan Raya Pan Borneo, kerajaan Warisan juga yang batalkan menyebabkan pembinaannya tergendala sehingga dua tahun.

Sekarang mari kita dengar penjelasan pemilik rumah yang dirobohkan usai membuat laporan Polis. Kamu dengar sendiri, siapa yang dipersalahkan dan adakah benar tuduhan bangsat bangsat Warisan terhadap Ketua Menteri Sabah atau kerajaan negeri? dengarkan!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading