Perhimpunan Mahasiswa dan Anak Muda Sabah 1.0 Bagi Menzahirkan Sokongan Kepada Kerajaan Sabah

Mesti begini juga jangan biarkan orang luar tunjuk berani dan pandai di negeri Sabah. Hakikatnya orang Sabah jauh lebih berani dan bijaksana dari mereka yang berkenaan, tinggal lagi tidak menonjolkan diri.

Apa lagi orang Sabah terkenal sebagai masyarakat yang tidak suka membohong dan tidak materialistik.

Kalau bukan pembohong dan tidak materialistik melawan musuh yang berperangai sebaliknya, justeru apa yang perlu ditakutkan pada kehidupan mereka, mereka yang takut kehilangan keharmonian dan kekayaan Sabah. Sabah ni ibarat Palestin cuba dikuasai oleh orang luar namun dipertahankan oleh rakyatnya hingga ke titisan darah yang terakhir.

Gempur Rasuah 2.0 Tuntut Shafie, Bung Dan Zahid Pulangkan Wang Rakyat Yang Mereka Curi



Satu perhimpunan aman oleh mahasiswa dan anak-anak muda Sabah bagi menzahirkan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah akan diadakan pada 21 & 22 Jun 2025 bertempat di jalan Gaya, Kota Kinabalu bermula pada jam 2.00 petang.

Notis perhimpunan juga telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu pada 16 Jun lalu.

Penganjur perhimpunan kali ini adalah Gerakan Anak Muda Dan Mahasiswa Anak Sabah (GAMMAS) selaku sekretariat penganjur.

Meskipun perhimpunan ini cuba dihalang oleh beberapa pihak namun perhimpunan ini tetap akan diteruskan.

Tujuan perhimpunan ini diadakan bukan mahu menyaingi perhimpunan gempur rasuah 2.0 anjuran Suara Mahasiswa UMS sebaliknya ingin memberi penerangan kepada umum bahawa majoriti pelajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebenarnya tidak menyokong perhimpunan yang dianjurkan oleh Suara Mahasiswa UMS ini

Tujuan utama perhimpunan ini diantara lainnya :

Bagi menyatakan sokongan kepada YAB Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan kerajaan GRS-PH agar terus diberikan mandat mentadbir negeri Sabah kerana telah bertindak dengan amat baik bagi menjaga kebajikan mahasiswa dan anak muda Sabah melalui program bantuan melalui one-off sekali bayar RM300 iaitu program SENTOSA bagi mereka yang belajar di Sabah, bantuan RM1,500 hingga 2,000 program BUDI, tiket penerbangan (SUBFLY) bantuan biasiswa sehingga RM50 juta, bantuan laptop dan bantuan lainnya.

Kerajaan GRS-PH juga telah menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di Sabah apabila kilang Kibing dan Nexilis telah berjaya dibina di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP).

Mepertahankan Institusi Istana yang menjadi simbol perpaduan kepada pelbagai etnik, agama dan kaum di Sabah agar tidak terus dihina khususnya bagi mereka yang mempunyai agenda jahat bermotifkan politik dan bagi mereka yang berasal dari semenanjung Malaysia.

Kesaksamaan dalam membanteras salah laku rasuah mengikut peruntukan undang-undangn atas dasar itu SPRM wajib membuka semua kertas siasatan rasuah peruntukan luar bandar berjumlah RM1.5 billion ke atas Datuk Seri Shafie Apdal.

Sekian.

Yang benar.

GERAKAN ANAK MUDA DAN MAHASISWA ANAK SABAH (GAMMAS)

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading