Musli Di Penjara 4 Bulan Kerana Rasuah Tapi Sembang Gajah Boleh Terbang Pui!

Lain kali kalau mempersoal kesalahan dan kemampuan orang lain jangan terlalu berlagak suci. Macam tabiat pemimpin dan Cybertrooper UMNO Warisan terhadap  kepimpinan GRS.

Suka menuduh tidak amanah dan gagal sedangkan satu Malaysia maklum. Paling ramai pemimpin parti yang dibicarakan di Mahkamah kerana rasuah dan penyelewengan ialah dari parti UMNO, termasuklah Warisan sebab Presiden parti ini adalah bekas Naib Presiden UMNO Malaysia.

Rasuah mereka menyebabkan masih ramai masyarakat  bercakap soal kemiskinan dan hak, yang lucunya ia juga menjadi modal UMNO dan Warisan. Hahaha!

Mengkritik isu besar dan melibatkan dasar ni, kalau boleh cari dulu kebenarannya. Kalau belum jumpa juga, nah jangan terus menghukum seolah-olah pihak atau pemimpin itu benar benar telah bersalah mengkhianati perlembagaan dan hak rakyat. Macam perbuataan si Musli Oli baru ini.

Penat tau mendengar kritikan mengada-ngada. Sedangkan rakyat Sabah nampak usaha yang  dilakukan oleh kerajaan negeri GRS demi negeri dan rakyat Sabah.

Si Musli Oli mengkritik seolah-olah kepimpinan negeri tidak tahu menahu pasal undang-undang, ekonomi dan pentadbiran. Gila!

Logik kah kerajaan negeri GRS memperkenalkan pelbagai program untuk kemajuan negeri dan rakyat. Tapi tidak melalui penilaian terperinci yang di bantu pegawai kerajaan yang arif dalam bidang mereka. Syok sendiri kau Musli!

Si Musli sebelum ini berlagak konon menafikan pelantikan CEO Sedco bukan Bumiputera. Sedangkan bukan kesalahan pun apa lagi melantik CEO yang berkelayakan dan ada rangkaian ekonomi di dalam dan diluar negara sangat baik untuk Sedco  dan kemajuan negeri Sabah, sehubungan itu juga dia mengugut akan membuat laporan Polis.

Justeru aku juga mencabarnya agar segera membuat laporan Polis Sudah Musli Oli Buat Laporan Polis Kah? – SEDCO tapi saat ini habuk pun tiada.

Saya juga pernah mendengar  si Musli mentertawakan strategi ekonomi kerajaan negeri. Berlagak macam ekonomis, walhal hanya menjalankan satu restoran pun terdesak sampai di saman DBKK.

Orang sudah geram sebab itu sanggup tampil menyebarkan dokumen berhubung kes rasuah si Musli di Mahkamah Tinggi.

Demi Allah tidak berniat mendedahkan aib setakat orang macam si Musli itu, yang aku maklum tujuan dia mengkritik adalah untuk keuntungan dirinya semata mata. Sebab itu hanya muncul saat pilihan raya semakin dekat lepas itu senyap tunggu lagi 3, 4 tahun.

Dibawah dokumen rayuan si Musli di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Ini membuktikan Si Musli semasa dalam Jabatan Kastam terlibat dengan rasuah dan dijatuhkan hukuman penjara 4 bulan, namun merayu seperti kenyataan dibawah.

Bahawa pada 15 Januari 1988 pada kira-kira pukul 4.30 petang di premis Poh Len Hing Hing Sdn. Bhd., Estet Industri Sedco, Batu 5 1/2, Jalan Tuaran, Inanam, di Daerah Kota Kinabalu, di negeri Sabah, sebagai ejen kerajaan Malaysia, iaitu, Penguasa Kastam yang attached kepada Bahagian Cukai Jualan, Jabatan Kastam Dan Eksais Di Raja Malaysia, Kota Kinabalu Sabah telah secara rasuah memohon melalui telefon satu gratifikasi, iaitu, satu jumlah seribu ringgit (RM1,000) daripada seorang Ho Mui Nyuk (F) di premis Poh Len Hing Sdn. Bhd. sebagai dorongan untuk melakukan satu tindakan, iaitu, untuk menyediakan dan mengesyorkan “Laporan Pemeriksaan” berkenaan akaun Poh Len Hing Sdn. Bhd. dari Januari 1986 hingga Oktober 1987.

Penjara selama 4 bulan dalam keadaan kes ini adalah agak berlebihan. Oleh itu, hakim Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan terhadap hukuman. Membatalkan hukuman penjara selama 4 bulan dan menggantikannya dengan penjara selama 1 hari dan denda RM4,000 jika gagal, 4 bulan.

Jadi buat macam mana kawan. Sudah berapa tahun aku ni kau blok, endah boleh membetulkan apa yang kau canang di Facebook. Pui!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading