
Beberapa bulan lepas aku menerima masej disusuli panggilan telefon dari seorang kawan. Jam lebih kurang 1 pagi, waktu itu aku sedang membaca entri dan komen komen laskar pembangkang.
Dia bertanya pasal pengakuan si Musli Oli.
Dia memaklumkan baru saja mereka berdebat di grup politik WhatsApp.
Perdebatan mereka berkaitan pilihan raya negeri Sabah akan datang. Dimana si Musli Oli mendakwa parti yang paling banyak mendapat kerusi atau kemenangan kelak ialah UMNO dan sedikit dari Warisan (ada angka yang dia bagi)
Tapi di bantah oleh kawan yang menghantar masej. Sebagai prediksi yang tidak logik. Kawan itu berpendapat sebaliknya, Warisan dan UMNO akan kecundang, hanya beberapa kerusi dan pasti kurang dari pilihan raya sebelum ini.
Tapi si Musli Oli tidak bersetuju dan “marah” lalu mendedahkan dirinya konon dia Ahli Jawatan Kuasa berkaitan pilihan raya negeri yang dilantik oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.
Tahu kenapa dia menyamar sebagai orang hebat dengan membabitkan nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor? supaya ahli grup berkenaan mempercayai “analisisnya” dan mulai bersikap dingin terhadap GRS.
Itu kawan bertanya, betul kah pengakuan Si Musli itu.
Saya balas TIDAK TAHU macam TIDAK BENAR untuk kepastian saya tanya pemimpin GRS yang bertanggungjawab. Beliau balas TIDAK BENAR siapa yang mau pakai dia.
Begitu pula gaya si Musli ahh. Tidak boleh menerima kritikan tapi terpaling rajin mengkritik orang lain. Lepas itu tidak segan dan berani menjual nama pemimpin yang dia anggap musuh.
Sudahlah begitu, perangai buruk si Musli yang ketara. Walaupun hujah atau kritikan ke atasnya tidak menyentuh peribadi. Tapi sebab tidak lagi sependapat dia akan blok tu. Termasuklah ke atas kawan yang bertanya berkenaan.
Saya sendiri bha macam 10 tahun sudah dia blok. Tapi sembang diluar sana macam keras batu pun kalah.
Berkaitan entri si Musli, Free For All. Apa faedahnya entri seperti itu, baik pada masyarakat mahupun parti parti yang bertanding? perlu analisis apa, bubar DUN pastikan berlaku pilihan raya negeri, jadi apalah?
Yang kita mau dengar ni kalau ada dakwaannya yang menafikan usaha kepimpinan negeri atau Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor, barulah kita boleh mengkritiknya kaw kaw dengan fakta.
Kalau setakat meramal siapa yang akan menang dan apa akan berlaku. Sedangkan itu semua di tangan masyarakat sentiasa menilai usaha baik kerajaan negeri. Bukan apa yang orang macam si Musli tulis, apa lagi berdusta ke tahap menjual nama Ketua Menteri. Pui!
Sabahan Vs UMNO/Warisan.
Betul kata budak era ini. Ini kali Warisan dan UMNO Bung salah orang. Benar benar mau uji keras kepala Sabahan. Hahaha!






















Leave a Reply