
Semakin dekat pilihan raya semakin pula mengada ngada. Walaupun sebelum ini tampak turun naik ke tingkat 32.
Artikel ini saya tujukan pada Musli Oli.
Saya menerima keratan posting Musli Oli di Facebook. Dimana dia dan NGO akan membuat laporan Polis terhadap beberapa pemimpin yang dia tidak sebutkan nama mereka, kerana kononnya cuba menghapuskan hak Bumiputera dan Anak Negeri yang sudah termaktub dalam perlembagaan negeri dan persekutuan.
Si Musli Oli merujuk perlantikan GGM SEDCO baharu yang berbangsa CINA.
Sewajarnya sebagai rakyat Sabah, kita simpan kepercayaan pada strategi Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan barisan kepimpinannya, dalam usaha memakmurkan dan memajukan Sabah.
Apa lagi belum ada kesan negatif yang kita nampak. Di andaikan ada, pasti Ketua Menteri sendiri akan bertindak.
Dulu Kerajaan Warisan melantik Pengarah Air Sabah dari kalangan bukan Bumiputera. Tidak juga menjadi isu pada pembangkang.
Bha tidak apalah, kita tunggu benar kah laporan Polis akan dibuat. Lepas itu apa tindakan selanjutnya. Kalau setakat laporan Polis, menambah kerja anggota Polis jak.
Dalam masa yang sama, supaya kita tahu nama pemimpin yang dia maksudkan.
Si Musli ni entah apa apa jak. Baru saya nampak kenapa pemimpin politik menganggapnya sohai. Tengoklah sekarang dalam semua pihak bersiap bagi menghadapi pilihan raya, dia pula muncul macam pemikiran budak budak.
Hakikatnya seperti pendapat dibawah. Ini yang benar apa lagi jawatan GGM bersifat sementara. So jangan terlalu dangkal hingga tidak mampu membezakan antara hak dan kemajuan yang dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Klik link dibawah;
Lantikan GGM Sedco Baharu Satu Pendekatan Luar Kotak, Pemindahan Ilmu





















