Angka Bohong dan Rasis, Warisan Hantar 31,578 PTI Ke Negara Asal

Pemimpin Warisan berbangsa KDMR terus  menolak total kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah. Pun begitu masih ada kerabat PATI yang terhegeh hegeh menyokong Warisan. Hemmm!

Semalam parti Warisan diketuai Si Terence AU telah  mengadakan sidang media dan mendakwa Kerajaan Warisan lebih banyak menghantar PATI ke negara asal berbanding kerajaan GRS PH. Dia juga menegaskan  Warisan tidak boleh menerima PATI (lebih kurang begitu)

Yang tidak siok tu si Terence dan kuncu kuncunya cuba  menggambarkan kalau PATI  hanya berlambak semasa kerajaan GRS berbanding era kerajaan Warisan kurang.

Betul kah tidak oh? tapi kenapa sebelum ini media luar  melaporkan sebaliknya.

Bahwa pengusiran terbesar PTI  berlaku era kerajaan GRS seramai 64 ribu orang, iaitu terbesar sejak tahun 2002. Angka itu  dimaklumkan oleh kerajaan Filipina, bukannya Timbalan Menteri KDN cabuk dari parti  Warisan. Hahaha!

Pengusiran Terbesar PATI Sabah Sejak 2002 – Kerajaan Filipina

Kerajaan Negeri, GRS melalui Pembantu Menteri,  Datuk Nizam Titingan  sebelum ini ada menjelaskan. Kita boleh simpulkan begini.

Bahwa program Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah (S.W.I.M.S). Bagi antara lain  menampung kekurangan pekerja di sektor perladangan dan sektor tertentu. Ia juga menjadi jalan penyelesaian kepada lambakan PTI di Sabah.

Soal  kewarganegaraan, seperti dakwaan si Terence Au yang merujuk kenyataan Datuk Nizam Titingan. Apa juga masalahnya? Semua  negara  ada Undang Undang yang membolehkan imigren memohon kewarganegaraan; sudah tentulah bersama syarat tertentu.

Badut Warisan Tolol Lain Diucap Nizam Lain Pula Yang Dinyatakan (SWIM)

Tapi tetap pihak Warisan menafikannya. Jadi macam manalah tu, siapa yang layak dipercayai? seorang Pembantu Menteri yang tidak pernah terbukti membohong atau pembangkang yang sudah berkali kali kantoi membohong dan tidak boleh menerima kejayaan orang lain.

Baru ini Naib Presiden Warisan, Jaujan Sambakong berlakon di sidang DUN  supaya kerajaan negeri  berperikemanusiaan terhadap PATI. Tindakan kerajaan GRS memanfaatkan PATI sebagai pekerja, bukan berperikemanusiaan kah?

Mau berperikemanusian macam mana lagi. Pihak Warisan yang kurang ajar, hanya memanfaatkan bangsa orang.

Banyak konon yang dihantar oleh kerajaan Warisan; tapi angka berkenaan datang  dari Kementerian KDN dimana Si Aziz Jamman menjadi Timbalan Menteri.

Tapi kenapa semasa kerajaan Warisan berlaku pertambahan pengundi yang meragukan?

Jumlah Pengundi Baharu ‘meragukan’, Tunggu Penjelasan SPR – KM Hajiji

* Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading