Badut Warisan Tolol Lain Diucap Nizam Lain Pula Yang Dinyatakan – PATI (SWIM)

Tidak habis habis badut Warisan memperagakan kenaifan dan kebodohan mereka. Kali ini berkenaan jawapan balas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Titingan dalam sidang DUN Sabah kali kelima.

Dimana badut Warisan memutar belit angka 39,276 PATI yang berjaya didaftar  oleh kerajaan negeri. Kononnya jumlah berkenaan akan diberikan taraf kewarganegaraan serta merta.

Pembohongnya badut badut Warisan.

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Nizam tidak ada kaitannya dengan pemberian kewarganegaraan seperti mana PSS yang diperkenalkan oleh kerajaan Warisan.

Apa lagi si Aziz Jamman waktu itu kalut, gagal dan flip flop semasa menjelaskan PSS. Samalah dengan badut Warisan yang ada pada hari ini lain yang dikatakan lain pula yang dilaporkan. Pokoknya pemimpin dan badut Warisan, dua kali lima tolol.

Dibawah ucapan atau jawapan balas Pembantu Menteri, Nizam Titingan yang disampaikan semasa sidang DUN kelima penggal keenam belas baru ini.

Program Outreach Aktiviti Pendataan Digital telah mula dilaksanakan sejak September 2022 sehingga kini dan masih lagi aktif dilaksanakan di lapangan.

Pada fasa permulaan, Program Outreach Aktiviti Pendataan Digital ini tertumpu kepada sektor perladangan dan pembinaan, kerana kedua-dua sektor ini adalah sektor yang mempunyai bilangan warga asing yang tertinggi dan juga permintaan tenaga kerja yang aktif dalam kategori 3D iaitu Dirty, Difficult and Dangerous.

Sejak bermulanya program Outreach Aktiviti Pendataan Digital pada 12 September 2022 sehingga kini, program ini sedang berjalan dengan aktif, termasuk semasa bulan Ramadan, di mana setakat ini sebanyak lima (5) buah syarikat perladangan telah menyertai dan terlibat

Antara syarikat tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Kumpulan Sawit Kinabalu;

2. Sabah Softwood Berhad;

3. Benta Wawasan Sdn. Bhd.;

4. FGV Plantations; dan

5. Cepat Wawasan Group Berhad.

Warga asing melalui program ini didaftarkan dan didatakan secara digital melibatkan pengambilan maklumat peribadi, facial recognition dan biometric dengan menggunakan Sistem Pengurusan Bersepadu Pekerja Asing dan Bukan Pemastautin Negeri Sabah (S.W.I.M.S). Golongan warga asing ini didatakan adalah berdasarkan matriks pendataan berpandukan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan- Peraturan Imigresen 1963.

Setakat ini, jumlah warga asing yang telah berjaya direkodkan ke dalam sistem S.W.I.M.S dan diperakukan oleh majikan adalah seramai 39,276 orang, yang merangkumi 21,994 orang pekerja dan 17,282 orang tanggungan. Maklumat perincian penuh akan dimaklumkan setelah aktiviti pendataan digital lengkap sepenuhnya.

Bagi golongan pendatang asing tanpa izin (PATI) pula, kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu-isu keselamatan yang melibatkan PATI di Sabah, di mana Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah dan agensi- agensi penguatkuasaan yang berkaitan akan sentiasa melaksanakan operasi penangkapan dan pengusiran terhadap golongan-golongan ini.

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑