Shafie dan Permohonan PTI Jadi Warganegara Malaysia

Tidak berniat  mempersoal kuasa Ketua menteri dalam apa jua pengurusan, termasuk berkaitan permohonan menjadi Warganegara Malaysia.

Memohon kewarganegaraan dari pendatang asing berlaku di semua negara di dunia ini. Tinggal lagi ada yang terkawal ada yang tidak.

Di sini, saya sengaja memulangkan paku buah keras pada pihak Warisan yang selama ini membohong kononnya kerajaan negeri GRS pro PTI sebab itulah tidak mengurangkan lambakan PTI. Malahan kononnya memberikan mereka keterangan diri. Tuduhan yang berbau fitnah bagi tujuan mengelirukan rakyat Sabah.

Kerajaan GRS adalah kerajaan yang ada rasa kemanusiaan. Ada lagi cara lain selain sudah tentu menghantar balik pendatang asing tanpa izin ke negara asal. Bukan seperti si Aziz Jamman baru pembantu Menteri KDN sudah berlagak.

Semasa operasi bersama Imigresen si Aziz menendang pintu rumah di diami PTI sangat kurang ajar.

Sedangkan yang berlaku dalam kerajaan Warisan adalah sebaliknya. Mereka lah yang paling banyak menerima permohonan kewarganegaraan dari pendatang asing tanpa izin. Tapi pemimpin dan macai Warisan menafikannya, malah menuduh kerajaan GRS pula yang buat. Pui!

Sebab itulah tersebar dokumen atau surat permohonan seperti diatas yang ditandatangani oleh Shafie Apdal sendiri dan setiausah sulit Ketua Menteri.

Shafie Apdal bagi komen pada surat pemohon, permohonan diluluskan. Belum pun dipertimbangkan sudah diluluskan. Besar betul kuasa Shafie mengatasi perlembagaan. Jangan tertipu, itu semua pancingan politiknya.

Kalau Ketua Menteri lain, rasanya komen yang diberikan, sila pertimbangkan jika berkelayakan. Ini kerana yang meluluskan permohonan kewarganegaraan bukan kerajaan negeri tapi kerajaan persekutuan.

Komen yang ditulis Shafie itu, sangat bersungguh sungguh. Kenapa kah? Sebabnya dia mau orang orang itu kelak menjadi penyokongnya sampai mati. Walaupun permohonan mereka tidak diluluskan oleh  agensi yang berwajib. Nanti pandailah menyalahkan kerajaan persekutuan, yang penting sudah ditandatangan. Kan begitu politik Warisan berjalan, tetap menyalahkan semua orang kecuali Shafie.

Kakitangan agensi kerajaan pun ada semangat nasionalisme. Mereka pun menilai juga bha, siapa ketua menteri ketika itu, ada kah bertanggungjawab atau tidak. Kalau macam Shafie memang dipandang sebelah mata lah tu. Makanya rugi menyokong parti Warisan.

Boleh dikatakan kerja Shafie ketika menjadi ketua menteri bukan didasarkan pada peraturan dan tanggungjawab tapi lebih kepada mengukuhkan parti Warisan walaupun akan menjahanamkan Sabah.

Bagus saya berterus terang. Kalau memberikan keterangan diri yang menyebabkan golongan berkenaan terikat sampai mati. Maka yang lebih besar jasanya ialah semasa kerajaan Musa Aman. Hari ini ramai  sudah dari golongan berkenaan yang berpendidikan dan berjawatan dalam kerajaan. Sebab itulah pada mereka yang berkenaan agar jangan sesekali menyokong Warisan atau Shafie Apdal, hakikatnya tiada jasa pun jasanya pada rakyat dan negeri Sabah.

Shafie tahu bha ni, jauh mana kuasa ketua menteri. Tapi sengaja dia bagi harapan palsu untuk meyakinkan orang orang diluar sana. Sebab itulah jangan sokong parti Warisan, kelak kamu yang rugi sendiri.

Sudah bekas UPPM Banggi era kerajaan Warisan mendedahkan. Bahwa orang kampung bukan tahu apa yang mereka sampaikan ketika berkempen, yang penting mereka nanti mengundi calon dari parti Warisan. Sialan pun politik kan?

Bajau Banggi Dedah Pembohongan Shafie – Bekalan Air Banggi (Video)

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading