Selepas surat permohonan PTI untuk menjadi Warganegara Malaysia bocor dan tersebar. Shafie Apdal atau wakilnya Junz Wong tampil menafikan.
Percayalah kamu, ia hanyalah penafian bersifat politik semata-mata dan hanya ditujukan pada orang tempatan supaya tidak menyalah kepimpinan Warisan.
Shafie sedar penafian itu tidak akan diketahui oleh PTI dan keluarga mereka. Justeru kekal percaya andai Shafie menjadi ketua Menteri, mereka akan diberikan keterangan diri. Maka teruslah cita cita ingin menguasai hak orang membiak.
Mentaliti yang wajib dineutralkan, jangan sampai menjejaskan keharmonian rakyat Sabah di masa yang akan datang. Jangan sampai ada yang beranggapan Shafie boleh melakukan apa saja terhadap rakyat dan negeri Sabah. Jangan, silap silap akan mencetuskan pemberontakan dan Shafie didakwa dibawah SOSMA.
Hari ini kepimpinan era kerajaan Warisan menafikan kalau mereka tidak memberikan kewarganegaraan pada PTI. Alasannya sebab kuasa meluluskan kewarganegaraan di tangan kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri.
Memang pun tapi kan, sudah terang lagi bersuluh, surat permohonan ditandatangani dan diluluskan sendiri oleh Shafie Apdal. Jadi tidak timbul persoalan siapa yang meluluskan.

Jangan lari dari tanggungjawab pihak Warisan oi. Jangan mau sedap saja.
Kita tidak tahu kalau permohonan kewarganegaraan berkenaan telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Negara. Tapi yang pasti PTI berkenaan sudah menjadi totok Warisan sampai bila bila.
Justeru itulah kerajaan Warisan sebelum ini dan Shafie wajib disiasat dan dipertanggungjawabkan atas tuduhan menyalahgunakan kedudukan sebagai kerajaan negeri untuk kepentingan politik semata mata dengan membelakangkan perlembagaan.
Kurang adab, Shafie ingat orang Sabah ini bodoh macam cybertrooper Warisan kah? senang senang menurunkan komen meluluskan. Mengalahkan kuasa Yang Dipertuan Agong.
Kalau Ketua Menteri lain, pasti yang dicatatkan pada surat pemohon ialah pertimbangkan bukan diluluskan.
Tidak ada semangat nasionalisme dan tidak sensitif hanya mementingkan masa depan politiknya. Orang seperti Shafie tidak layak diangkat sebagai pemimpin di Sabah, kerna sentimen dan ketakjuban pada selain orang Sabah masih menebal.
Sekarang kamu nampak sudah kah jual beli temberang politik Warisan. Satu ketika bercakap soal kemajuan dan kemiskinan rakyat Sabah. Tapi dalam diam memperjudikan nasib dan hak rakyat Sabah pada orang luar.






















Leave a Reply