Bajau Banggi Dedah Pembohongan Shafie – Bekalan Air Banggi (Video)

Dengar kamu pendedahan anak jati Pulau Banggi rentetan dakwaan Presiden Warisan, Shafie Apdal. Tiada bekalan air di Pulau Banggi hingga penduduknya terpaksa membeli air dari tanah besar Kudat.

Hakikatnya mengikut bekas ahli Warisan Banggi yang juga bekas UPPM. Dakwaan Shafie itu tidak benar atau keterlaluan dan jangan lagi mempercayai Shafie bulat bulat.

Di Pulau Bangi ada sungai air tawar, kalau pun kemarau penduduk masih boleh mendapatkan air dari sana. Jadi dakwaan tiada bekalan air di Pulau Bangi adalah pembohongan Shafie.

Mereka menjadi ahli dan penyokong Warisan sejak 2016 amat mengenali perangai Shafie dan orang orangnya yang cakap tidak serupa bikin. Sebelum ada kuasa tampak sangat budiman, semua agenda untuk kebaikan rakyat, tapi bila di tampuk kuasa tidak ada kebaikan yang dikecapi oleh rakyat.

Tempoh PKP Covid 19 yang dijadikan alasan oleh Shafie bagi menutup kegagalan pemerintahan kerajaan Warisan, hanyalah alasan semata mata.

Betullah tu hanyalah alasan. Kenapa dalam tempoh PKP banyak juga projek ali baba untuk kroni Warisan diluluskan.

Kenapa menukar syarikat konsesi air boleh dibuat hanya dalam tempoh beberapa bulan kerajaan Warisan. Menyebakkan kerajaan GRS terpaksa menanggung saman lebih RM200 juta dari syarikat yang dibuang.

Shafie hanya pandai berpidato tapi tidak bertanggungjawab dan kasar. Sedangkan sebagai bapa yakni Ketua Menteri, Shafie harus adil kepada semua orang.

Dia pernah di maki oleh Shafie Apdal, sepatutnya lebih tenang dan menasihatinya supaya dapat mengembangkan pemikirannya.

Dedahnya lagi semasa kerajaan Warisan, seolah olah PPNS berada di Semporna bukan di Kota Kinabalu. Bayangkan kroni Warisan dari Semporna boleh menggunakan tangga rahsia sedangkan mereka juga Bajau dan menjadi penyokong Warisan sejak 2016, tapi kalau berurusan memerlukan masa 6 hari baru tembus ke pejabat pentadbiran Ketua Menteri.

Namun tidak juga permohonan diluluskan sedangkan projek itu untuk kebaikan penduduk Pulau Banggi. Projek hanya diberikan pada pilihan raya Sabah 2020 untuk memancing kepercayaan pengundi dan wakil rakyat Warisan, sedangkan mereka bukan pengemis.

One thought on “Bajau Banggi Dedah Pembohongan Shafie – Bekalan Air Banggi (Video)

Add yours

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading