
Bila pemimpin UMNO yang dibicarakan di Mahkamah kerana terang terang mencuri wang rakyat berlagak cuci. Kita yang mendengarnya akan mual dan geram, walaupun kita sedar memang begitu sikap pemimpin UMNO, sengaja menganggap rakyat bodoh dan tiada maruah macam mereka.
Skandal FELCRA bernilai 150 juta wang rakyat, tidak hanya melibatkan diri Bung tapi juga isterinya, akibatnya sehingga hari ini dibicarakan di Mahkamah. Desas desus mengatakan keputusan Mahkamah Sesyen Bung bersalah akan kekal di Mahkamah Rayuan dan akan menjalani hukuman di penjara.
Bagus bha kalau sudah melakukan kesalahan atau kesilapan tu duduk diam jangan malah menuduh orang lain bersalah sedangkan belum pun di bicarakan di Mahkamah dan didapati bersalah. Setakat mendedahkan kesalahan musuh selepas diserang itu perkara biasa dan sepatutnya dilakukan tapi jangan macam Bung Mokhtar ni. Tiba tiba menghukum, dia ambil pula kerja hakim Mahkamah, sedangan kini dirinya berstatus penjenayah.
Seperti juga Presiden Warisan, Shafie Apdal turut didakwa di Mahkamah kerana skandal rasuah dalam Kementerian KKLW. Namun sengaja dilepaskan dari perbicaraan bila Menteri Undang Undang di Jabatan Perdana Menteri, VK Liew yang juga pemimpin dari parti Warisan mengeluarkan kenyataan rasmi bahwa kononnya tiada bukti yang cukup untuk meneruskan pendakwaan di Mahkamah.
Menteri dari parti Warisan yang membebaskan Shafie dan kerabatnya bukan badan kehakiam/Mahkamah atau peguam negara pun.
Sedangkan sebelum itu begitu banyak pendedahan yang dibuat oleh pemimpn PKR berhubung peruntukan Kementerian KKLW (RM1.5 bilion) yang didakwa telah diseleweng oleh Shafie Apdal dan kerabatnya. Termasuklah status wang yang diterima oleh Zahidah Rafik dari Jaujan Sambakung selaku orang suruhan Shafie Apdal juga dipercayai dari peruntukan Kementerian KKLW.
Artikel ini merujuk kenyataan tidak malu pemimpin UMNO, Bung Mokhtar. Bahwa berhenti konok dari mengelirukan rakyat dan akui saja pemimpin terlibat rasuah adalah ahli GRS seperti mana video yang dibuat dan disebarkan oleh Albert Lie.
Sedangkan sehingga hari ini, belum ada pemimpin atau ahli GRS yang dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah, apa lagi dari konteks video berkenaan.
Belum ada seorang pun, berbeza dengan UMNO dari pemimpin nombor satu hingga yang paling macai tapi pernah kamu dengar mereka mengaku? semakin bercakap terbalik dan menganggap rakyat bodoh lagi ada. Pui!
Sebutkan nama mereka selain Zahid Hamidi dan Bung Mokhtar pasti ada pertuduhan di Mahkamah, kalau tidak ada pun pasti pemimpin itu ada humor rasuah dalam kerajaan UMNO ketika itu.
Sebab itulah rakyat Sabah dan Sarawak mengenali UMNO sebagai parti perompak kekayaan negeri mereka.
So Bung Mokhtar, kau ambil cermin dulu.
Lepas itu berlagak lagi kononnya kini tiada sudah pemimpin UMNO yang kaki rasuah. Habis kau masih disana, tu apa?
Skandal tiang pencawang melibatkan beberapa pemimpin UMNO pun masih ada disana, termasuk Bung Mokhtar dan Ghazali Ansing selaku suspek utama.
Kau kena ingat, wang dibagi oleh si Albert itu bukannya wang kerajaan negeri tapi menjadi kos yang digunakan untuk mendapatka projek dari kerajaan baik persekutuan mahupun kerajaan negeri. Kalau tidak percaya cuba macai Warisan, tanya Shafie dia lebih berpengalaman dan faham bab persen dari nilai projek.





















Leave a Reply