Tuhan Mana Dan Rasuah Apa Yang Dimaksudkan Oleh Shafie Apdal? – Video Albert Tahi

Kita tanya dulu. Tuhan mana yang dimaksudkan oleh Shafie. Ini kerana keyakinan Shafie tentang agama agak sesat, dia percaya semua agama sama. Sedangkan keyakinan  itu tidak wujud dalam ajaran Islam. Agama lain juga begitu bha kan?

Lanjut!

Orang Sabah yang beragama Islam maklum  tentang Presiden Warisan Shafie Apdal menghantar surat pada Donald Trump bagi meraikan kemenangannya dalam  pilihan raya Amerika 2024.

Tindakan yang beda. Lain kalau yang menghantar surat seorang Perdana Menteri ada kewajarannya  tapi ini setakat pembangkang yang tinggal menunggu hari untuk dikuburkan oleh rakyat Sabah.

Donald Trump adalah sekutu israel yang membantai membunuh dan memperkosa rakyat Palestin tanpa mengira agama.

Jangan ada yang  menafikan, jadi surat kepada Donald Trump itu menyebabkan ramai penyokong Warisan yang beragama Islam tidak lagi menyokong parti  Warisan itu sendiri. Kecuali totok dan macai Warisan sekalipun mereka sedar kini diatas landasan yang dibenci Tuhan. 

Justeru tindakan menghantar surat kepada Donald Trump itulah yang sepatutnya petunjuk dari Tuhan. Jika tidak maka mereka yang beragama Islam akan terus tersesat kerana mendukung pihak yang menjulang Donald Trump.

Semalam Shafie Apdall mendakwa, pendedahan si Albert melalui  video yang membabitkan beberapa pemimpin Sabah adalah petunjuk dari Tuhan, oleh itu supaya SPRM segera menunaikan tanggungjawab.

Lambat betul Shafie bermain wayang. Hakikatnya SPRM telah lama menjalankan siasatan ke atas mereka. Malah Datuk Masidi selaku mangsa datang sendiri ke Pejabat SPRM minta di siasat. Begitu juga yang lain sejurus video tersebar mereka membuat kenyataan bahwa mereka akan memberikan kerjasama penuh dan telah pun disiasat oleh SPRM. Membuktikan mereka tidak bersalah, berani kerana benar.  Hanya si Albert yang terdesak menukar skrip normal menjadi isu rasuah.

Terdesak dan lupa diri  memang sudah Shafie Apdal.

Si Albert Lie itu orangnya fasik dan perasuah. Video itu sendiri mendedahkan dirinya adalah pelaku rasuah atau perasuah. Jadi layakkah dia menuduh orang lain perasuah, apa lagi tidak melibatkan wang rakyat tapi wang si Albert yang cuba digunakan untuk  memanipulasi  kerajaan GRS.

Shafie jangan  berlagak suci, bikin gelik kok itu. Bukannya rakyat Sabah  tidak tahu skandal RM1.5 bilion wang rakyat semasa dia mengetuai Kementerian KKLW dan cerita siapa menanggung kemewahan Zahid Rafik, kalau bukan Menteri KKLW, Shafie Apdal. Astaga. Skandal ini benar benar megisahkan peruntukan untuk rakyat dicuri oleh pemimpin UMNO yakni Shafie Apdal ketika itu, kroni dan kerabatnya.

Si Albert datang menawarkan sejumlah wang sebagai hadiah perkenalan kepada pemimpin yang terbabit. Tapi rupanya ada udang disebalik batu. Wang itu bukan  hadiah atau dana parti semata mata  tapi untuk melobi tanah seluas hampir sejuta ekar di Maliau Basin. Namun berjaya dihalang oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor. Walaupun sebelum itu cuba diugut  oleh si Albert akan mendedahkan rakaman video jika permohonannya ditolak.

Maka sewajarnya Shafie menyokong dan memuji tindakan kerajaan negeri Sabah atau Datuk Hajiji Noor kerana tidak tunduk pada  orang luar iaitu si Perasuah Albert Tahi. 

Bayangkan kalau  Shafie Apdal di posisi Datuk Hajiji Noor. Pastilah bha si Albert bersorak riang dan video yang menjadi bahan ugutan tidak tersebar sebab kehendak si Albert  ditunaikan.

Semasa kerajaan Warisan berlaku kes tanah di Bagahak,  Lahad Datu diantara Borneo Samudera dan peneroka tanah yang melanggar kontrak. Kamu tengok betapa ceteknya jalan penyelesaian yang difikirkan baik oleh Shafie.

Tanah 6800 hakter yang menjadi  konflik diserahkan pada peneroka walaupun telah melanggar kontrak dan sebagai ganti rugi Borneo Samudera diberikan tanah yang lebih luas mencecah 18000 hakter.

Punyalah dia takut nama kerajaan negeri Warisan tercalar. Walhal jalan penyelesaian itu sendiri sangat tidak cerdik dan  merugikan negeri dan rakyat Sabah secara umumnya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑