Arifin Buat Laporan Polis Di IPD Kota Kinabalu


Alhamdulillah, wa syukur lillah, wassalatu wassalamu ala rasulillah, wa makaruhu wa makarullah, wa allahu khairul makirin.

Saya merujuk kepada laporan media oleh Malaysia Kini yang dimuatnaikan pada 3 hb Februari 2025 yang bertajuk Pendedahan Maklumat Menantu Musa Aman Tawar Penyelesaian Tutup Mulut Saya.

Saya ingin menyatakan bahawa laporan media tersebut adalah satu laporan yang berniat jahat kerana mengandungi dakwaan-dakwaan yang tidak tepat, mengelirukan, dan juga mengandungi fakta-fakta yang palsu dan memfitnah.

Laporan media tersebut jelas membuktikan bahawa individu tersebut dengan kumpulan kartelnya akan menggunakan segala helah dan tipu daya untuk mendapatkan lesen-lesen perlombongan termasuk memfitnah saya dan individu-individu yang lain.

Ini juga membuktikan motif utama kumpulan kartel tersebut di dalam mengeluarkan dan menyebarkan berita-berita dan fakta-fakta palsu adalah untuk memonopoli lesen-lesen perlombongan di Sabah.

Pada bila-bila masa Malaysia Kini tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan berhubung dengan perkara ini sebelum disiarkan.

Oleh yang demikian, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang memfitnah dan bersongkongkol dengan kumpulan kartel ini yang cuba memonopoli lesen perlombongan di Sabah.

Itu sahaja.WALA YAHIQUL MAKRUS SAIYYIE ILLA LI AHLIHI,Wamakaru Wamakarallah
Wallahu Khairul Makirin

Bila tindakan selanjutnya akan diambil?
– Saya serahkan dengan peguam saya nanti,
perinciannyapun akan dilaksanakan melalui peguam-peguam yang saya lantik.

Terima kasih semua.

Sumber

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑