Himpunan Dua Kumpulan 31 Disember Buat Si Bung Hilang Telur

Ketua UMNO Sabah Si Bung Mokhtar berkata sekiranya benar dua perhimpunan tersebut diadakan dibimbangi berpotensi mencetuskan ketegangan dua kumpulan yang berhimpun.

Pandai pura pura takut pemimpin maling ni. Kalau benar takut akan berlaku kejadian yang tidak diingini, sepatutnya dari awal  dia halang pemimpin UMNO Kalabakan dari menaja mahasiswa UMS warga asing, dari bersidang di Alam Mesra pada 17 Disember baru ini dan akan berhimpun pada 31 Disember ini.

(Saya ikut jak mengata mahasiswa warga asing. Walaupun sebenarnya saya sendiri tidak jelas kenapa mereka dipanggil mahasiswa warga asing)

Bukan sengaja dibiarkan tapi bila penyokong kerajaan GRS bertindak balas  bagi membuktikan sokongan rakyat Sabah terhadap Ketua Menteri Sabah. Tiba tiba keluar kenyataan munafik, takut tercetus ketegangan. Pui!

Kalau pun berlaku  ketegangan kaum kelak, si Samsudin adalah orang pertama yang wajib dipertanggungjawabkan. Jangan kau lari ke Nunukan ah.

Atau kah ini signal si Bung, agar  mahasiswa UMS warga asing tidak meneruskan perhimpunan mereka pada 31 Disember ini. Takut rakyat Sabah mendapat gambaran pihak mana yang disokong oleh rakyat Sabah. Palui mu bha Bung. Awal awal lagi kena baca kau punya otak. Hahaha!

(Semalam viral berita kalau bapa Ketua UMNO Bahagian Kalabakan pemegang Ic projek. Tuduhan yang menyebabkan si Samsudin macam Udang terkena racun Sentry)

Kita orang mati mati menjaga keharmonian kaum. Tapi masih ada terpedaya ikut nasihat pemimpin tamak, bodoh dan rasis.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading