Kamu tengok perangai pemimpin UMNO minta skandal pemimpin mereka dibuang tapi dalam masa sama menuduh dan memfitnah orang lain.
Kami mengambil maklum desakan Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim yang mahu semua kes melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) ketika pentadbiran Pakatan Harapan 2018 digugurkan.
Kami ingin mengingatkan bahawa di bawah kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak akan berkompromi terhadap rasuah apatah lagi menyalah gunakan kuasanya untuk menggugurkan kes.
Sebagai contoh baru-baru ini Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Bung Moktar Radin telah diarahkan membela diri oleh Mahkamah atas tiga pertuduhan rasuah Rm2.8juta.
Maka Bung Moktar perlu menghadapi pertuduhan tersebut sehingga Mahkamah memutuskan samada beliau bebas mahupun ke penjara.
Suka ingin kami jelaskan kenyataan Perdana Menteri jelas kes digugurkan adalah kerana kecacatan dan pendakwaan yang terburu-buru, bukan bermakna tidak ada salahguna kuasa berlaku apatah lagi dengan kekayaan dan kemewahan luarbiasa yang dimiliki.
Maka kami ingin memberitahu Pemuda UMNO untuk meninggalkan perangai lama di mana pemimpin politik campur tangan dalam kes-kes mahkamah bagi membebaskan rakan politik mereka.
Di bawah kerajaan Madani, kita akan memberikan ruang seluas seluasnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Mahkamah serta mana-mana agensi menjalankan kerja mereka tanpa campur tangan politik.






















Leave a Reply